PPKKM-KDN

Monday, January 31, 2011

28 - 29 Januari 2011 _ SMK Setapak Indah @ Gunung Angsi, Ulu Bendul NS

      Gunung Angsi - Negeri Sembilan, Seramai 50 orang pelajar dari SMK Setapak Indah, Kuala Lumpur yang terdiri daripada pengawas sekolah tersebut telah menyertai satu program motivasi kepimpinan yang berlangsung selama 2 hari. Saya bersama rakan-rakan saya telah dipertanggungjawabkan untuk memastikan keselamatan peserta kursus terbabit sentiasa terjamin sepanjang program tersebut berlangsung.

Wednesday, January 05, 2011

02 Januari 2010 @ Muzium Darul Ridzuan


     Muzium Darul Ridzuan, Ipoh, Perak menyimpan seribu sejarah mengenai asal usul pembukaan Bandaraya Ipoh. Kemasyuran kegiatan perlombongan dan pembalakan yang memasyurkan ekonomi negeri ini sejak dulu lagi diabadikan di muzium ini.

31 Disember 2010 @ Proses Menanam Anak Getah


     Selama ini, masyarakat kita samada sedar atau tidak mereka hanya tahu menggunakan dan bergantung kepada sesuatu yang berunsurkan getah tanpa mengetahui bagaimana ia dihasilkan. Sewaktu menghabiskan cuti tahun 2009 yang lalu, saya memanfaatkan masa yang terluang untuk mempelajari kaedah serta cara-cara menanam anak getah di Parit, Perak.