PPKKM-KDN

Saturday, December 01, 2012

1 Disember 2012_Garage Sale@Cheras Baru

     Kebetulan balik dari kerja hari ni ternampak 'sign board' 'GARAGE SALE' sebelum simpang ke rumah. Waktu tu hujan baru nak bermula. Hujan rahmat katakan.. Banyak juga kereta dalam rumah ni, mungkin orang kaya kot. Jumlah kereta bukan soalnya, tapi setiap kenderaan kat rumah tu ada 'sticker' promosi KAMAL KAMAL. Rupa-rupanya pemilik rumah ni 'owner company' bagi penyelesaian berkaitan dengan binatang atau serangga perosak (baru tau). Tetapi 'Garage Sale' hari ni takde kene mengena dengan racun atau peralatan menghalau serangga perosak. hahahahha.... Semua yang dijual merupakan peralatan dan barang-barang peribadi keluarga.