PPKKM-KDN

Bebatan&Balutan


Pembebat
Ø      Digunakan untuk menutup luka yang bertujuan :
            - memberhentikan pendarahan.
            - menentukan kebersihan luka (mencegah daripada tercemar).
Ø      Boleh disucihama bagi memusnah bakteria.
Ø      Dibungkus dalam bekas kedap udara.
Ø      Strukturnya daripada kapas halus, putih & tidak berbulu.

Cara Bebatan
Ø      Bersihkan tangan sebelum menyentuh luka & kain bebat.
Ø      Kain bebat hendaklah menutup keseluruhan luka.
Ø      Pegang kain bebat di sebelah tepi.
Ø      Tambah pembebat pada luka untuk keselesaan.
Ø      Lapikkan bersama-sama kain balutan.

Pembalutan
Ø      Kain balutan yang biasanya digunakan dalam bantuan kecemasan adalah berbentuk segitiga.
Ø      Diperbuat daripada kain belacu yang kukuh.
Ø      Kain anduh segitiga (triangular bandage) merupakan kain yang biasa digunakan untuk rawatan kecemasan.

Tatacara Balutan
Ø      Semua jenis balutan dalam penggunaan Anduh Segitiga hendaklah diakhiri dengan ikatan buku sila.
Ø      Ikatan buku sila adalah ikatan yang mudah dilucutkan.
Ø      Ikatan hendaklah tidak terlalu ketat / longgar untuk keselesaan.
Ø      Pembalutan yang ketat boleh menyekat peredaran darah.