PPKKM-KDN

Wednesday, November 16, 2011

14 - 17 November 2011 - Outstation @ KK

     14 November 2011 (Hari Pertama) - Jam 1200, saya meninggalkan semenanjung Malaysia menaiki pesawat AK 5118 berlepas meninggalkan lapangan terbang 'LCCT' menuju ke Kota Kinabalu atas tugasan luar selama 4 hari di sana.

Saturday, September 10, 2011

28, 29 Ramadhan & 1 Syawal 1432H @ Parit

     Amat berbeza sekali sekiranya Syawal disambut di pedalaman, dan lebih dirasai sambutannya bersama keluarga dikala meraikan kejayaan masing-masing dalam menempuhi Ramadhan yang diberkati.

Wednesday, August 03, 2011

Garcinia Cambogia @ Buah Gelugor @ Asam Keping

     Ramai yang tidak tahu, asam keping yang selalu digunakan dalam masakan masyarakat Malaysia berasal dari buah gelugor atau nama saintifiknya 'Garcinia Cambogia'. Ia juga biasanya digunakan untuk mencuci ikan bagi menghilangkan bau hanyir sebelum dimasak.

Tuesday, August 02, 2011

31 Julai - 1 Ogos 2011 @ Tanjung Belanja, Parit Perak

     Rumah pusaka arwah tok (Ta'au @ Nawawi Bin Alang Nasib) di Kampung Tanjung Belanja, Parit, Perak  menjadi destinasi pilihan pada kali ini. Sambil menghabiskan cuti hujung minggu bersama Ayahanda (Aboh-loghat Parit), sempat juga bersiar-siar setidak-tidaknya dapat mengimbau kenangan zaman kanak-kanak dahulu.

Tuesday, April 26, 2011

Hentian Bas Puduraya kini berwajah BARU!!

KUALA LUMPUR - Hentian Bas Puduraya kini berwajah baru dengan hampir keseluruhan strukturnya diubasuai bagi keselesaan penggunanya. Ruangan yang berhawa dingin serta kemudahan lain yang ditambah serta dinaiktaraf bakal menjadi suatu titik permulaan ke arah satu perkhidmatan yang cemerlang.

Monday, April 25, 2011

24 Februari 2011 _ Sungai Bonus melimpah @ Perpustakaan Negara

Kuala Lumpur - Jalan Tun Razak, secara tiba-tiba ditenggelami air apabila melimpahnya Sungai Bonus akibat daripada hujan lebat yang turun secara tiba-tiba, lantas menyangkal pendapat sesetengah pihak yang menganggap bahawa dengan adanya "Smart Tunnel", Kuala Lumpur terlepas dari musibah banjir.

Monday, January 31, 2011

28 - 29 Januari 2011 _ SMK Setapak Indah @ Gunung Angsi, Ulu Bendul NS

      Gunung Angsi - Negeri Sembilan, Seramai 50 orang pelajar dari SMK Setapak Indah, Kuala Lumpur yang terdiri daripada pengawas sekolah tersebut telah menyertai satu program motivasi kepimpinan yang berlangsung selama 2 hari. Saya bersama rakan-rakan saya telah dipertanggungjawabkan untuk memastikan keselamatan peserta kursus terbabit sentiasa terjamin sepanjang program tersebut berlangsung.

Wednesday, January 05, 2011

02 Januari 2010 @ Muzium Darul Ridzuan


     Muzium Darul Ridzuan, Ipoh, Perak menyimpan seribu sejarah mengenai asal usul pembukaan Bandaraya Ipoh. Kemasyuran kegiatan perlombongan dan pembalakan yang memasyurkan ekonomi negeri ini sejak dulu lagi diabadikan di muzium ini.

31 Disember 2010 @ Proses Menanam Anak Getah


     Selama ini, masyarakat kita samada sedar atau tidak mereka hanya tahu menggunakan dan bergantung kepada sesuatu yang berunsurkan getah tanpa mengetahui bagaimana ia dihasilkan. Sewaktu menghabiskan cuti tahun 2009 yang lalu, saya memanfaatkan masa yang terluang untuk mempelajari kaedah serta cara-cara menanam anak getah di Parit, Perak.