Kebetulan balik dari kerja hari ni ternampak 'sign board' 'GARAGE SALE' sebelum simpang ke rumah. Waktu tu hujan baru nak bermula. Hujan rahmat katakan.. Banyak juga kereta dalam rumah ni, mungkin orang kaya kot. Jumlah kereta bukan soalnya, tapi setiap kenderaan kat rumah tu ada 'sticker' promosi KAMAL KAMAL. Rupa-rupanya pemilik rumah ni 'owner company' bagi penyelesaian berkaitan dengan binatang atau serangga perosak (baru tau). Tetapi 'Garage Sale' hari ni takde kene mengena dengan racun atau peralatan menghalau serangga perosak. hahahahha.... Semua yang dijual merupakan peralatan dan barang-barang peribadi keluarga.
PPKKM-KDN
▼
Saturday, December 01, 2012
Tuesday, November 27, 2012
25 September 2012_Outstation Pulau Ketam
Bukan makan angin, tapi berkesempatan juga untuk merakam beberapa keping gambar untuk dikongsi kepada sesiapa yang belum pernah menjejakkan kaki ke Pulau Ketam ini. Kenapa dinamakan Pulau Ketam? "Pasal tu aku tak sempat nak kaji sebab waktu yang sangat ringkas (beberapa jam sahaja). Kalau nak tau gak, tanyalah ngan mamat-mamat yang kene ikat dalam baldi ni. Hahahahha...".
Tuesday, June 19, 2012
17 Mac 2012_Walimatul U'rus
Paparan ini hanyalah sebahagian daripada gambar keseluruhan majlis yang diadakan bagi meraikan penyatuan kami (Azzat & Azwin).
Tuesday, June 12, 2012
Modenas ELIT 150 - Motosikal pakai buang?
(Lebuhraya MRR2 - Sebelum persimpangan Taman Connaught)
Melihat senario kerosakan motosikal adalah perkara biasa bagi kita. Malah, kemalangan jalanraya yang sering berlaku saban waktu sering mewujudkan suatu fenomena tersadainya motosikal di bahu jalan untuk beberapa ketika.
Thursday, June 07, 2012
7 Julai 2012 _ Papan Tanda Tanya???
Sewaktu melalui lorong motosikal di Lebuhraya Persekutuan pada hari ini, saya tertarik dengan sebuah papan tanda makluman berkaitan lencongan lorong motosikal selepas persimpangan PPUM menghala ke Bangsar.