Definisi Luka dan Darah
• Luka adalah kecederaan pada permukaan kulit yang menyebabkan ianya terkoyak
• Berdarah adalah kecederaan atau terkoyaknya salurdarah samada Arteri, Vena atau Kapilari dan menyebabkan darah mengalir keluar
Tafsiran
Luka
Ø Sebarang kecederaan, carikan atau koyakan yang tidak normal pada kulit atau permukaan badan dinamakan luka.
Pendarahan
Ø Pengaliran darah atau cecair lain yang keluar dari pecahan kulit.
Luka terbahagi kepada 2
Ø Luka terbuka
Ø Luka tertutup
Ø Berdarah di luar (externel Bleeding)
Ø Berdarah di dalam (Internel Bleeding)
Jenis-jenis luka
Ø Luka terguris / terhiris
Ø Luka melecet
Ø Luka terkoyak
Ø Luka tembus
Ø Luka kontusi / lebam
Ø Luka calar
Ø Terputus anggota
1) Luka terguris / terhiris
Ø Terkena objek tajam seperti pisau, kaca dan sebagainya.
Ø Luka lurus dan bersih.
Ø Terpotong salur darah.
Ø Darah meleleh dengan banyak.
Ø Luka pada tangan / kaki mungkin akan memutuskan struktur lapisan bawah / tisu seperti Tendon.
2) Luka melecet & terkoyak
Ø Berpunca daripada geseran anggota dengan benda keras.
Ø Mudah dijangkiti kuman.
Ø Banyak partikel / bendasing dalam luka.
3) Luka tembus / tembakan
Ø Akibat daripada tembakan, tusukan, tikaman benda halus dan tajam seperti pisau, paku, jarum, besi, peluru dan sebagainya.
Ø Luka pada titik kemasukan adalah kecil tetapi kecederaan di dalamnya adalah serius.
4) Luka kontusi / lebam
Ø Akibat daripada pukulan atau hentakan yang kuat.
Ø Memecahkan kapilari di bawah lapisan kulit.
Ø Menganggu / menyekat peredaran darah yang menyebabkan bahagian yang tercedera kebiruan / lebam.
Ø Kulit merekah / berbonjol (tidak terkoyak).
Ø Lebam yang teruk menandakan kecederaan dalaman / keretakan tulang.
5) Luka calar
Ø Akibat daripada geseran pada benda keras dan kasar.
Ø Hanya melibatkan lapisan atas kulit (kecederaan ringan).
Ø Darah sedikit sahaja.
6) Terputus anggota
Ø Akibat daripada kemalangan yang teruk.
Ø Banyak kehilagan darah dan tisu yang cedera (kecederaan berat).
Ø Memutuskan pembuloh saluran darah (darah keluar memancut).
Pendarahan terbahagi kepada 2
Ø Berdarah di luar
Ø Berdarah di dalam
Pendarahan dikelaskan mengikut pembuloh / saluran darah.
1) Pendarahan ARTERI.
2) Pendarahan VENA.
3) Pendarahan KAPILARI.
1) Pendarahan ARTERI
Ø Pendarahan urat nadi.
Ø Darah yang telah dioksigenkan (merah cerah).
Ø Darah dibawah tekanan jantung.
Ø Darah keluar memancut (boleh mengosongkan sistem darah).
2) Pendarahan VENA.
Ø Pendarahan urat biru.
Ø Darah bewarna berah tua.
Ø Kurang tekanan berbanding darah arteri.
Ø Darah keluar meleleh.
3) Pendarahan KAPILARI.
Ø Pendarahan urat rerambut / halus.
Ø Pendarahan dicirikan sebagai lelehan.
Ø Berlaku pada semua jenis luka.
Ø Aktif pada permukaan.
Ø Pukulan yang kuat menyebabkan kapilari memecah di bawah lapisan kulit dan mengakibatkan pendarahan dalaman (lebam).
Penahanan darah
1) Tekanan tepat / langsung (direct pressure)
Ø Tekanan pada bahagian luka (tekanan terus).
Ø Gunakan pembebat bersih / kain.
Ø Pastikan tiada bendasing.
Ø Gunakan pelapik / balutan cincin sekiranya terdapat bendasing.
2) Tekanan tidak tepat / tidak langsung (Torniquet)
Ø Tekanan pada pembuluh darah sebelum bahagian kecederaan.
Ø Tekan hanya untuk kurang daripada 10 minit dan perlu dilepaskan.
Ø Jangan guna ikatan untuk tekanan kerana ia boleh merosakkan tisu.
Ø Titik nadi utama.
- Karotik
- Brakial
- Radial
- Femoral
- Distal
Mengawal pendarahan
Ø Kawal pendarahan dengan kaedah tekanan tepat / tidak tepat.
1) Meninggikan anggota yang cedera
Ø Tinggikan dari paras jantung.
2) Membalut dengan pembalut bersih
Ø Gunakan pembebat jika balutan luar basah akibat pendarahan.
3) Menghalang renjatan
Ø Tinggikan bahagian kaki dan selimutkan mangsa untuk mengawal suhu badan mangsa.
Mengurus mangsa
Ø Baringkan mangsa jika perlu.
Ø Tinggikan bahagian luka / kaki.
Ø Selimutkan mangsa untuk mengawal suhu badan mangsa.
Ø Longgarkan pakaian mangsa.
Ø Periksa tindakbalas mangsa dari masa ke semasa
Ø Segera hantar mangsa ke hospital.