PPKKM-KDN

Wednesday, January 05, 2011

31 Disember 2010 @ Proses Menanam Anak Getah


     Selama ini, masyarakat kita samada sedar atau tidak mereka hanya tahu menggunakan dan bergantung kepada sesuatu yang berunsurkan getah tanpa mengetahui bagaimana ia dihasilkan. Sewaktu menghabiskan cuti tahun 2009 yang lalu, saya memanfaatkan masa yang terluang untuk mempelajari kaedah serta cara-cara menanam anak getah di Parit, Perak.
  
     Tanah seluas 4 ekar ini diwariskan kepada ayah saya dan 3 orang adik beradiknya yang lain setelah pemergian atuk. Dikatakan mereka telah pun mengusahakan tanah tersebut bersama atuk sejak kecil lagi dan kini proses penanaman semula dilakukan setelah usia pokok-pokok getah yang sebelumnya telah terlalu tua untuk proses penorehan.

     Pokok getah tua akan ditebang dan dicabut sehingga ke akarnya menggunakan beberapa buah jentera berat. Kayu yang telah dipotong akan dibakar sehingga tanah seluas 4 ekar itu menjadi seakan-akan padang jarak padang tekukur sebelum proses penanaman semula dilaksanakan. 

Langkah 1

     Satu garisan lurus ditandakan (menggunakan tali) bagi memastikan pokok getah yang ditanam akan berada dalam kedudukan teratur bagi memudahkan proses untuk menoreh pada masa akan datang. Selain daripada itu, ianya memudahkan bagi menentukan jumlah pokok yang ada pada kawasan tersebut bagi tujuan tertentu serta membuat anggaran jarak yang sesuai diantara satu pokok dengan pokok yang lain.

(Langkah 1)

Langkah 2

     Setelah garisan dikenalpasti, satu penanda lain (buluh) dipacakkan bagi mewakili kawasan yang perlu digali untuk meletakkan anak pokok tersebut.

(Langkah 2)

Langkah 3

     Lubang yang digali perlulah mempunyai kedalaman yang sesuai bagi mempengaruhi proses tumbesaran pokok tersebut.

(Langkah 3)

Langkah 4

     Baja akar akan ditabur ke dalam lubang tersebut dalam kadar tertentu bagi membekalkan segala keperluan untuk ketahanan anak pokok di sepanjang proses membesar.

(Langkah 4)

(Baja)

Langkah 5

     Bekas yang digunakan bagi menjadikan pasu sementara buat anak getah perlu dibuka secara berhati-hati bagi mengelakkan kerosakan pada bahagian akarnya.

(Langkah 5)

Langkah 6

Tanah dikambus semula dan ditandakan semula bagi mengelakkan daripada dipijak/dilanggar sewaktu proses senggaraan ladang pada masa akan datang.

(Langkah 6)

      Setelah selesai, kawasan yang ditanam anak getah akan dijaga dan disenggara secara berterusan. Ini adalah kerana, anak getah amat sensitif  kepada persekitaran dan bagi mengelakkan ianya dirosakkan oleh serangga dan haiwan liar serta diserang penyakit.


     Proses menjaga serta memantau keadaan anak pokok ini akan berterusan selama 7 ke 8 tahun hingga pokok getah tersebut betul-betul matang sebelum pokoknya ditoreh untuk mendapatkan getah yang berkualiti.


     Untuk makluman pembaca, harga getah mentah kini telah mencecah RM14 sekilo. Bayangkan harganya pada 10 tahun akan datang.

13 comments:

  1. wah! dapat gak tgk tanah yg dorang tanam getah ni... bagus2! bleh tau cara macam mana nak tanam getah.

    ReplyDelete
  2. kak deeda : kalau nak belajar, kena mula dari sekarang. sebabnya, atuk dah bawak anak-anaknya sejak mereka sekolah lagi. golongan kita ni dah kira terlewat.

    ReplyDelete
  3. brp ekar yg awak punya sendiri?pokok bsr mn?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak punyai ape2 bahagian pun dalam tanah ni.. semuanya milik ayah dan 3 orang adik beradiknye yang lain.. baru je tanam bulan 12/2010.. kira setahun ler..

      Delete
    2. sy minat jgk tanam2 ni...hehehe

      Delete
  4. ada apa2 perkembangan terkini? saya pun nak bermula penanaman semula getah nak minta bantuan

    ReplyDelete
  5. Ok.. nanti sy updated coz tak berpeluang nak menjenguk..

    ReplyDelete
  6. BIO-ONE PLUS
    BAJA CECAIR MIKRO

    1- 7 BAJA DALAM SATU BOTOL
    2- KUANTITI SEBOTOL 5 LITER
    3- AMAT SESUAI UNTUK SEMUA JENIS TANAMAN
    SAYUR-SAYURAN DAN BUAH-BUAHAN
    4- MENJIMATKAN KOS ANDA


    Kandungan:
    Nitrogen 7%, Ammonian Nitrogen 6%, Water Soluble organik 3%, Water inssoble Organic 0.7%, Phosforos acid 0.8%, P2o5 8%, K2o 8%, Sulphur 7%, Mgo 3%, Mpk 8%, TE 3%, Ekstrak Herba 8%, Organik Material 80%.

    Kebaikan:
    Bio oneplus juga bertindak sebagai pencegah untuk serangan serangga,virus,penyakit dan lain-lain lagi.
    Kebaikkannya apabila menggunakan produk Bio OnePlus ini, pokok tanaman akan lebih kuat, hasil yang lebih baik dan hasilnya lebih selamat berbanding jenama lain yang menggunakan bancuhan bahan kimia.

    FUNGSI UTAMA PRODUK
    - Agen Pemulihan / rawatan tanaman/daun/batang/akar
    - Agen Penggalak buah/durian/dokong/rambutan/mangga dll
    - Agen Penggalak bunga/sayuran/orkhid dll
    - Agen Penyuburan media tanaman/tanah/sekam/sabut dll
    - Agen Ketahanan penyakit / kulat / virus / kutu / hamama dll
    - Nilai tambah kesihatan dengan Ekstrak Herba -Herba Perubatan


    KELEBIHAN BAJA BIO-ONE PLUS
    1. KANDUNGAN SEBOTOL 5LITER
    2. LEBIH MURAH
    3. MENJIMATKAN
    4. DIDALAMNYA TERKANDUNG 7 JENIS BAJA IAITU BAJA DAUN,BAJA BUNGA,BAJA BUAH,BAJA POKOK, PERLINDUNGAN,HORMON DAN VITAMIN.
    5. SESUAI UNTUK SEMUA JENIS SAYUR-SAYURAN, BUAH-BUAHAN, GETAH, KELAPA SAWIT, SAWAH PADI DLL

    SEBARANG PERTANYAAN BOLEHLA MENGHUBUNGI
    ARIF
    FB : mda arif
    email : mdaarifent@gmail.com
    phone : 0124501152

    ReplyDelete
  7. BAJA DOLOMITE ORGANIK DAN SUPER TURBO ( 4 DALAM 1) CAP HARIMAU BERMUTU TINGGI CAMPURAN KHAS UNTUK PERTANIAN MODEL MENINGKATKAN HASIL MENAMBAH PENDAPATAN LEBIH DARI 30%
    (Diimport terus dari Thailand)

    KELEBIHAN DAN KEBAIKAN BAJA DOLOMITE ORGANIK (4 DALAM 1) SUPER TURBO
    MENGANDUNGI POTASSIUM YANG TINGGI, BERKEUPAYAAN BERTINDAK BALAS DENGAN NITEROGEN DAN UNSUR MINERAL SEMULAJADI UTAMA YANG MENJAMIN KSESUBURAN TANAH.
    MERAWAT TANAH MASAM DENGAN MENGUBAH STRUKTUR TANAH DAN DAPAT MENGEKALKAN TAHAP (Ph) TANAH BERPANJANGAN.
    AMAT SESUAI DIGUNAKAN UNTUK SEMUA JENIS TANAMAN TERUTAMANYA KEPADA SAWIT PADA TANAH LIAT DAN GAMBUT, SAYURAN, PADI, KOPI, GETAH,KOKO.
    MENAMBAH DAYA TAHAN TANAMAN DAN DAPAT MENGURANGKAN SERANGAN PENYAKIT.
    MEMANISKAN HASIL BUAH-BUAHAN SERTA MENAMBAH BERAT HASIL TANAMAN.
    MENINGKATKAN PH DALAM TANAH
    MENINGKATKAN EFISIENSI ORGANIK SEBAGAI PENYEDIA UNSUR (N,K, DLL)
    MENINGKATKAN PENYERAPAN AIR
    MENGENDALIKAN RACUN DARI UNSUR ALUMINIUM


    Kandungan:
    Ph 7.87
    MOISTURE CONTENT 1.11
    CALCIUM OXIDE 18.93
    MAGNESIUM OXIDE 12,50
    TOTAL SULPHUR 0.15
    TOTAL IRON 1.233
    TOTAL ZINK 0.003
    TOTAL MAGNESE 0.025
    TOTAL COPPER 0.001
    TOTAL BRON 0.003
    MPK
    N=0.33,P=0.1,K=0.48
    sebarang pertanyaan sila hubungi
    Arif
    FB: Mda arif
    Email: mdaarifent@gmail.com
    phone: 0124501152

    ReplyDelete
  8. BIO-ONE PLUS
    BAJA CECAIR MIKRO

    1- 7 BAJA DALAM SATU BOTOL
    2- KUANTITI SEBOTOL 5 LITER
    3- AMAT SESUAI UNTUK SEMUA JENIS TANAMAN
    SAYUR-SAYURAN DAN BUAH-BUAHAN
    4- MENJIMATKAN KOS ANDA


    Kandungan:
    Nitrogen 7%, Ammonian Nitrogen 6%, Water Soluble organik 3%, Water inssoble Organic 0.7%, Phosforos acid 0.8%, P2o5 8%, K2o 8%, Sulphur 7%, Mgo 3%, Mpk 8%, TE 3%, Ekstrak Herba 8%, Organik Material 80%.

    Kebaikan:
    Bio oneplus juga bertindak sebagai pencegah untuk serangan serangga,virus,penyakit dan lain-lain lagi.
    Kebaikkannya apabila menggunakan produk Bio OnePlus ini, pokok tanaman akan lebih kuat, hasil yang lebih baik dan hasilnya lebih selamat berbanding jenama lain yang menggunakan bancuhan bahan kimia.

    FUNGSI UTAMA PRODUK
    - Agen Pemulihan / rawatan tanaman/daun/batang/akar
    - Agen Penggalak buah/durian/dokong/rambutan/mangga dll
    - Agen Penggalak bunga/sayuran/orkhid dll
    - Agen Penyuburan media tanaman/tanah/sekam/sabut dll
    - Agen Ketahanan penyakit / kulat / virus / kutu / hamama dll
    - Nilai tambah kesihatan dengan Ekstrak Herba -Herba Perubatan


    KELEBIHAN BAJA BIO-ONE PLUS
    1. KANDUNGAN SEBOTOL 5LITER
    2. LEBIH MURAH
    3. MENJIMATKAN
    4. DIDALAMNYA TERKANDUNG 7 JENIS BAJA IAITU BAJA DAUN,BAJA BUNGA,BAJA BUAH,BAJA POKOK, PERLINDUNGAN,HORMON DAN VITAMIN.
    5. SESUAI UNTUK SEMUA JENIS SAYUR-SAYURAN, BUAH-BUAHAN, GETAH, KELAPA SAWIT, SAWAH PADI DLL

    SEBARANG PERTANYAAN BOLEHLA MENGHUBUNGI
    ARIF
    FB : mda arif
    email : mdaarifent@gmail.com
    phone : 0124501152

    ReplyDelete
  9. hay sume nk tnye ni kalau kite tanam pokok getak 7atau 8 tahun ke bru dapat hasil?

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum tuan, boleh tuan emailkan gambar2 dalam halaman ini yang tiada watermark seperti di atas? saya nak mohon, nak guna utk rujukan penaman sahaja sebab info di blog tuan berguna kepada saya. Jika tuan tak keberatan, mohon emailkan multisecretsuccess@gmail.com

    p/s: Hanya untuk kegunaan peribadi sahaja
    p/s/s: Mohon jasa baik.....kalau tak boleh tak mengapa.

    Thanks. :)

    ReplyDelete