Rumah pusaka arwah tok (Ta'au @ Nawawi Bin Alang Nasib) di Kampung Tanjung Belanja, Parit, Perak menjadi destinasi pilihan pada kali ini. Sambil menghabiskan cuti hujung minggu bersama Ayahanda (Aboh-loghat Parit), sempat juga bersiar-siar setidak-tidaknya dapat mengimbau kenangan zaman kanak-kanak dahulu.
Alhamdulillah (Gambar ditemui sekitar Julai 2012)
Dulu, arwah tok ada membela seekor ikan kaloi yang amat besar yang diletakkan di sudut ini. Kalau kami nak tengok ikan tu kena melalui tingkap dan perlu ada syarat (nyanyi) :
Ikan Kaloi Oh Ikan Kaloi,
Timbullah Engkau Kami Nak Tengok,
Nak Tengok~
Yang peliknya, tiap-tiap kali nyanyi lagu tu, mesti ikan tu timbul (munkin kebetulan). Tapi, kami tak pernah pulak cuba lagu lain. hehehhehe...
Katanya arwah tok dulu membuka sebuah kedai gunting rambut di Pekan Tanjung Belanja. Kini, yang tinggal hanyalah kerusi ini yang menjadi bukti kerjaya kemahiran profesional yang dimlikinya suatu ketika dahulu.
"Aik..!!! Sudah tukar baru pun, ada tanda pangkah...??" Teringat dialog ni tiap-tiap kali melihat tandas rumah ni. Zaman kanak-kanak dulu, kalau nak buang air kena siang-siang. Kalau tiba-tiba memulas waktu malam, faham-fahamlah.
Kali ini yang berbuah hanya manggis sahaja. Itupun dah hujung-hujung musim. Sempatlah juga nak merasa buahnya. Rezeki Allah katakan.
Sambil-sambil meronda, terpandang objek ni. Bahan sejarah yang sangat berjasa dalam menerbitkan rasa lazat dalam masakan masyarakat melayu pada suatu ketika.
No comments:
Post a Comment