PPKKM-KDN

Saturday, September 10, 2011

28, 29 Ramadhan & 1 Syawal 1432H @ Parit

     Amat berbeza sekali sekiranya Syawal disambut di pedalaman, dan lebih dirasai sambutannya bersama keluarga dikala meraikan kejayaan masing-masing dalam menempuhi Ramadhan yang diberkati.

28 Ramadhan 1432 - Misi awal untuk merasai lemang buatan sendiri dimulakan dengan mencari buluh yang sesuai di sekitar kampung.
     Buluh yang telah dikenalpasti dipotong dan dibersihkan bagi menjamin kebersihan mengikut piawaian ISO.

     Setelah diyakini suci, buluh dikeringkan dan disimpan di bawah suhu 30 darjah celcius (hantam je) sementara menanti waktu yang sesuai.

     Setelah mengambil pandangan serta nasihat pakar, akhirnya kayu api yang dipilih adalah dari jenis pokok rambutan memandangkan pembakaran yang baik serta tahan lama sesuai dengan permintaan menu (lemang).

     Maghrib menjelang tiba, dan saatnya untuk menghidupkan pelita bagi menerangi kegelapan malam.

     Berakhirnya hari pertama dengan berbuka puasa bersama keluarga.

29 Ramadhan 1432 - Hari terakhir bulan Ramadhan tahun ini pastinya sibuk dalam penyediaan persiapan di saat-saat akhir menyambut Syawal.

     Bagi mereka-mereka yang tahu, Pasar Senaian (Isnin) di Pekan Parit amat popular di kalangan penduduk tempatan yang ingin mendapatkan keperluan harian. Jumlah peniaga dan pengunjung yang lebih ramai dari biasa menjadikannya popular meskipun dibuka pada hari bekerja.

     Bagi mengelakkan daripada terperangkap dengan kesesakan lalulintas yang berlaku pada setap hari Isnin, adalah lebih baik sekiranya berjalan kaki melintasi Sungai Perak dengan menggunakan jambatan yang dikhaskan untuk pejalan kaki dan penunggang motosikal.

     Selain daripada mencari bahan mentah untuk persiapan Syawal, pelbagai perkara-perkara menarik turut diniagakan dan mendapat perhatian saya.

     Selesai makan angin dan mendapatkan keperluan, misi utama diteruskan dengan penyediaan lemang.

     Selain lemang, sup 'gearbox' dan rendang masak hitam adalah suatu kemestian bagi kami sekeluarga yang dijadikan hidangan rasmi musim perayaan. hehhehehe...

     Posing time~

1 Syawal 1432 H - 30 Ogos 2011



1 comment: