PPKKM-KDN

Wednesday, November 16, 2011

14 - 17 November 2011 - Outstation @ KK

     14 November 2011 (Hari Pertama) - Jam 1200, saya meninggalkan semenanjung Malaysia menaiki pesawat AK 5118 berlepas meninggalkan lapangan terbang 'LCCT' menuju ke Kota Kinabalu atas tugasan luar selama 4 hari di sana.
   
     'Touch Down' di KK jam 1425 dengan selamat di 'Kota Kinabalu International Airport' KKIA dan pengunjung perlu mendapatkan pas lawatan sosial di kaunter Imigresen sebaik sahaja turun dari pesawat.


     'Check -in' di King Park Hotel. Lebih tinggi adalah lebih baik kerana semakin tinggi, maka semakin indah pemandangan yang akan dinikmati sekitar pusat bandar KK ini.



     15 November 2011 (Hari ke-2) - Selesai urusan kerja, saya dibawa melawat pertunjukan air di Taman Perdana yang mempamerkan kepelbagaian warna dan formasi air yang diiringi muzik menjadikannya sebagai tarikan pelancong dan rakyat tempatan. Hanya bayaran meletak kenderaan sahaja dikenakan kepada setiap pengunjung.



     Selesai pertunjukan, kami dibawa bersiar-siar ke sebuah tempat yang dikenali sebagai Pasar Sinsuran atau dahulunya lebih dikenali dengan 'Pasar Philipine' yang menempatkan pasar yang menjual hasil laut dan buah-buahan yang harganya jauh lebih murah harganya berbanding di semenanjung.


     Selain itu, pasar ini juga terkenal dengan gerai-gerai makan yang majoritiya menjadikan hasil laut sebagai menu utamanya. Adalah lebih baik sekiranya pengunjung membawa orang tempatan sebagai 'jurucakap' bagi mendapatkan harga istimewa yang tidak akan diberi kepada pelancong / pengunjung luar.






Menu malam ke-2


Inilah 'tourist guide' saya (Bella)~

     16 November 2011(Hari ke-3) - Pemandangan indah dari kamar hotel waktu senja hari ke 3 amat mengagumkan saya. Di kala azan maghrib berkumandang, memberi ruang untuk saya menginsafi diri di samping mengagumi kebesaran Ilahi.


     Malam ni sekali lagi saya ke Pasar Sinsuran untuk menikmati juadah ikan bakar.













     Selesai makan malam, mulalah misi untuk 'survey' buah tangan yang bakal dibawa pulang ke Kuala Lumpur. Berhampiran dengan Pasar Sinsuran, terdapat sebuah lokasi yang bersebelahannya yang dikhususkan untuk menjual pelbagai bahan kenangan yang boleh dipilih bermula dari RM1 hingga ke RM3000.



     Sabah merupakan sebuah negeri yang terkenal dengan mutiaranya. Sungguhpun begitu, hanya ini yang termampu sebagai tanda kenangan yang dapat dibawa pulang ke tanah air.


17 November 2011 (Hari Terakhir) - 3 hari yang amat singkat seakan-akan tidak mencukupi bagi menjelajah keseluruhan ibu kota Negeri Sabah ini. Maka, hari terakhir saya dihabiskan sepenuhnya bagi meneroka sebanyak mana pelusuk kota ini yang masih belum dilawati sambil memilih 'ole-ole' yang boleh diberi kepada keluarga terdekat sebagai cenderahati. 







No comments:

Post a Comment