PPKKM-KDN

Tuesday, June 12, 2012

Modenas ELIT 150 - Motosikal pakai buang?

(Lebuhraya MRR2 - Sebelum persimpangan Taman Connaught)

     Melihat senario kerosakan motosikal adalah perkara biasa bagi kita. Malah, kemalangan jalanraya yang sering berlaku saban waktu sering mewujudkan suatu fenomena tersadainya motosikal di bahu jalan untuk beberapa ketika.


(Lebuhraya KESAS)

     Namun begitu, suatu fenomena yang pastinya bukan kebetulan malah mempunyai suatu rahsia di sebalik tersadainya beberapa buah motosikal buatan nasional iaitu Modenas Elit 150 ini. Apa yang menariknya, kesemua pemandangan ini menjadi tatapan saya sepanjang laluan pergi dan balik ke tempat kerja setiap hari. Secara tidak langsung, perubahan ke atas setiap ciri-ciri motosikal tersebut sempat saya perhatikan setiap hari.

     Antara persamaan ketiga-tiga motosikal yang ditemui, pada asalnya mempunyai cukup sifat pada fizikal tanpa kesan calar dan sebarang tanda-tanda berlakunya kemalangan. Malah, ianya diletakkan menggunakan 'double stand' (macam dalam 'showroom'). Tersadainya bukan satu atau dua minggu, malah berbulan-bulan lamanya. Kalau motor lain jangankan panas, hujan pun sanggup menolak asalkan tak ditinggalkan. Namun, apa yang dipaparkan dalam blog ini merupakan gambar terkini yang diambil.

(Lebuhraya MRR2 - 'Flyover' selepas persimpangan TESCO Cheras)

- Apa terjadi dengan pemilik semua motosikal ini?
- Kalau kemalangan, takkanlah semua pemiliknya......????
- Kalau ye pun, takkan takde waris datang ambil?
- Kalau rosak, kenapa tidak dibawa balik?

     Mungkin susah mencari alat ganti walaupun dalam negara keluarannya dan kalau ade pun harganya mungkin teramat mahal. Jadi, keputusan yang tepat diambil oleh tuan empunya ialah dengan meninggalkan tanpa rela supaya dapat memberi manfaat kepada mereka-mereka yang lebih memerlukan alat ganti motosikal. Seandainya anda mempunyai jawapan diharap dapat dikongsikan.

Nota : Siapa kata susah nak cari 'sparepart' Modenas Elit 150? Aku tiap-tiap hari jumpa!!! hehehhe..

25 comments:

  1. saya dok cari double stand.... kat shah alam takde stok... abis pusing sume...

    ReplyDelete
  2. Try cari kt sentul, kalau situ pun takde kene gi Modenas la..

    ReplyDelete
  3. sparepart x lah susah nk cari...kalo nk thn tukar ekzos baru yg asli..pas tu overhaul dalam setiap 4thn...motor elite biasanya masalah batery

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cerita Bateri panjang. Saya juruteknik pakai meter volt digital mekanik x dpt kelentong gua. tukar bateri koyoko gel bewarna oren dan pakai coil alternator SYM. Lepas tu perfect 3 thn

      Delete
  4. Ahmad Irfan Saharum: kamu pakai modenas elit ni ke? atau... mekanik motosikal?

    ReplyDelete
  5. sy pakai modenas elite 150cc saya hantar bengkel je..sy bukan mekanik..motor ni senang repair kat sg buloh...

    ReplyDelete
  6. senang je hantar kt bengkel sg buloh,,,saya bkn mekanik kalo 150 senang skit kut

    ReplyDelete
  7. masih adakah lagi yang tersadai ni?

    ReplyDelete
  8. masih adakah lagi yg tersadai ni?
    atau ada yg terbaru yg tersadai tidak bertuan?
    sedang cari crankshaft secondhand.

    ReplyDelete
  9. sya pakai moto ni da 7thun ok je pn

    ReplyDelete
  10. mana nak cari starter motor

    ReplyDelete
  11. sy dah pakai 10 tahun, lek jer, kalau jual x ade harga..so pakai...vespa pun boleh kejar beb

    ReplyDelete
  12. berapa harga ekzos yg original utk skuter ni?

    ReplyDelete
  13. hai kwn2 i nk minta tlg kat u all, i tgh cr cover scooter modenas elit 150....lau dpr 2nd pun ok juga....i blh byr...lau ada tlg sms ke no ini 0163927433 tq

    ReplyDelete
  14. Slm All Riders,

    Moto ni kl pake scd hnd mmg teruk die buli kite.Sy syorkan allrider semue yg nak pake moto ni kl boleh suruh pomen chek bateri n wayar starter Moto ni bateri die suka buat kita naik darah...

    Enjin jarang problem.Tapi kalu moto tayar ada pancit.itu jam juga moto kasi tinggal.Ini moto ya ampun..berat nak terberak kalu tolak.

    So,sape sape nak npk macho moto ni mmg nampak mables kalu dari jauh kita tunggang.

    ReplyDelete
  15. saya nak cari switch signal yg dekat handle tu rosak . ade x spaa punya second hand yg bole guna lagi..

    ReplyDelete
  16. Nk cari carburetor elit 150cc. Mne boleh dapat ??

    ReplyDelete
  17. Mne nk cari carburetor elit 150cc. Harap dpt membantu...

    ReplyDelete
  18. Saya pun guna elit 150..cara nak jaga enjin elit 150..setiap bulan kena tukar minyak hitam.minyak auto..dan 3 bulan sekali tukar bellting.tayar setahun sekali tukar..baru lah motor elit dapat bertahan selama bertahun tahun..bulan elit ja selalu ada problem.moto yamaha honda suzuki kawasaki naza..semua ada masalah sendiri jika tidak dijaga dengan baik

    ReplyDelete
  19. Jaga lah minyak hitam dan minyak auto setiap bulan.baru lah elit 150 dapat bertahan bertahun tahun.saya guna elit 150

    ReplyDelete
  20. Jika nak bagi elit 150 power..kena lah jaga minyak hitam.minyak auto.bellting.beteri.perkara ini sama sahaja dengan motosikal dalam dunia ini.baik auto.dan menual.4stork dan 2stork

    ReplyDelete
  21. Saya pun guna elit 150..cara nak jaga enjin elit 150..setiap bulan kena tukar minyak hitam.minyak auto..dan 3 bulan sekali tukar bellting.tayar setahun sekali tukar..baru lah motor elit dapat bertahan selama bertahun tahun..bulan elit ja selalu ada problem.moto yamaha honda suzuki kawasaki naza..semua ada masalah sendiri jika tidak dijaga dengan baik

    ReplyDelete
  22. Masalah utama motor ni one way bearing...itu punca utama bateri kong....sape ada nak jual murah murah leh angkat....repair.

    ReplyDelete