Bukan makan angin, tapi berkesempatan juga untuk merakam beberapa keping gambar untuk dikongsi kepada sesiapa yang belum pernah menjejakkan kaki ke Pulau Ketam ini. Kenapa dinamakan Pulau Ketam? "Pasal tu aku tak sempat nak kaji sebab waktu yang sangat ringkas (beberapa jam sahaja). Kalau nak tau gak, tanyalah ngan mamat-mamat yang kene ikat dalam baldi ni. Hahahahha...".
( Jeti Pulau Ketam - Pelabuhan Klang )
( Jadual Perjalanan Feri )
( Kaunter Tiket )
Tiba-tiba teringat filem Allahyarham Tan Sri P. Ramlee - Pendekar Bujang Lapok.
( Tambang sehala RM7 dewasa dan RM4 kanak-kanak )
( Pemandangan dari Jeti Pelabuhan Klang )
( Balai Islam Pulau Ketam - Surau )
Untuk makluman, sebarang jenis kenderaan bermotor adalah tidak dibenarkan untuk digunakan di Pulau Ketam ini. Laluan dari satu tempat ke tempat yang lain bagi penduduk di sini adalah dengan menggunakan basikal sahaja yang melalui jalan di atas titi.
Sampai sahaja di Jeti Pulau Ketam, terdapat pelbagai jenis basikal yang boleh disewa oleh pengunjung yang berharga RM5 sehari.
( Limited Edition - NOT FOR RENT / SALE )
( Jeti Pulau Ketam )
Di sini juga terdapat beberapa buah hotel bagi pengunjung yang ingin bermalam di Pulau Ketam ini.
( Hotel )
( Pejabat Bomba Sukarela )
( Klinik Kesihatan )
( Pusat Rukun Tetangga )
( Balai Polis )
No comments:
Post a Comment