PPKKM-KDN

PengenalanJPAM



Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM)
Kementerian Dalam Negeri


Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) @ Civil Defence @ Rescue 999 @ JPA3

Definisi Pertahanan Awam (Mengikut Akta)
Meliputi apa-apa langkah yang tidak terjumlah kombat sebenar bagi mengadakan pertahanan terhadap apa-apa bentuk serangan musuh atau bencana daripada keseluruhan atau sebahagian dari akibatnya samada langkah itu diambil sebelum masa, semasa, atau selepas masa atau serangan bencana itu.


Maksud Pertahanan Awam
Pertahanan Awam merupakan program melindungi masyarakat awam daripada sebarang bencana samada bencana alam atau bencana buatan manusia melalui langkah dan persediaan menghadapi bencana :

Langkah Persediaan
A)    Perkhidmatan Pra-Bencana
B)     Perkhidmatan Semasa Bencana
C)     Perkhidmatan Selepas Bencana


a) Perkhidmatan pra-bencana
ØMengurus, melatih dan melengkapkan Anggota Angkatan Pertahanan Awam.
ØMelatih orang awam dengan pengetahuan Pertahanan Awam.
ØMelatih agensi awam dan swasta yang berkaitan mengenai pengetahuan Pertahanan Awam.
ØMelatih ketua komuniti, masyarakat dan pertubuhan bukan kerajaan mengenai pengetahuan Pertahanan Awam.

 b) Perkhidmatan semasa bencana
ØMelaksanakan tugas menyelamat kepada yang terperangkap.
ØMelaksanakan "Civil Defence Non Operational Sheme".
ØMemberi bantuan rawatan kepada yang tercedera.
ØMemindah dan menjaga mangsa yang kehilangan rumahtangga.
ØMengurus mangsa pelarian.
ØMembantu agensi keselamatan mengawal kestabilan keselamatan.

c) Perkhidmatan selepas bencana
ØMelaksanakan tugas pemulihan.
ØMelaksanakan tindakan yang bersesuaian bagi mengurangkan kesan bencana kepada magsa.
ØMembantu mangsa menghadapi kesan daripada bencana.
ØMembantu memulihkan semangat mangsa yang mengalami kehilangan keluarga dan harta benda.

Visi
Menjadikan Pertahanan Awam agenda negara dan peneraju pengurusan bencana demi keselamatan dan keamanan negara

Misi
Menjadikan organisasi yang berwibawa menerusi penglibatan rakyat dalam program Pertahanan Awam.

Moto
"SENTIASA SIAP SEDIA"

Slogan
"SEDIA, PANTAS DAN BERINTEGRITI"

Objektif
ØMengambil langkah-langkah dan melaksanakan perkhidmatan dengan cekap dan berkesan demi pembangunan negara
ØMenjadi sebuah agensi penyelamat bagi melindungi rakyat dan harta benda dari bencana
ØMeningkatkan tahap kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pertahanan awam
ØMenggalakkan penglibatan rakyat dalam segala aktiviti pertahanan awam.
ØBekerjasama dengan semua pihak di dalam melaksanakan tugas-tugas pertahanan awam

Fungsi
ØMenggubal dan melaksana dasar Pertahanan Awam selaras dengan kehendak semasa.
ØMengurus Angkatan Pertahanan Awam yang terlatih, cekap dan berdisiplin.
ØMenyelamat mangsa dan harta benda semasa bencana.
ØMelaksanakan khidmat kecemasan yang cekap, berkesan dan mesra rakyat melalui talian 999 di seluruh negara.
ØMendidik dan melatih orang awam dengan ilmu pengetahuan Pertahanan Awam.
ØMerancang, melaksana dan memantau aktiviti-aktiviti khidmat sokongan untuk memantapkan perkhidmatan organisasi.
ØMenjalin hubungan dan kerjasama dalaman dan antarabangsa dalam konteks Pertahanan Awam.

Aktiviti-aktiviti Pertahanan Awam
Ø      Pengurusan Angkatan
Ø      Latihan Angkatan
Ø      Eksasais / Latihan bersama agensi
Ø      Latihan orang awam
Ø      Latihan kadet Pertahanan Awam
Ø      Talian Kecemasan 999
Ø      Pembangunan projek dan kelengkapan
Ø      Khidmat kemanusiaan
Ø      Operasi bencana

Latihan Asas (48 jam)
- Asas kawad kaki
- Asas pertolongan cemas
- Asas melawan kebakaran
- Asas menyelamat

Latihan lanjutan (148 jam)
- Paramedik
- Melawan kebakaran
- Penyelamat

Latihan kemahiran (160 jam)
- Menyelamat di air.
- Pengendalian bot.
- Skuba / menyelam
- Menyelamat tali tinggi
- Mencari dan menyelamat
- Pengurusan kecemasan bencana dan kemalangan
- Ikhtiar hidup