PPKKM-KDN

Wednesday, November 13, 2013

Namaste, Kathmandu


SEMINGGU DI NEPAL
   
     Selepas 4 jam 30 minit penerbangan terus dengan pesawat MAS dari KLIA ke Kathmandu, akhirnya saya tiba di Tribuvan Internatioal Airport yang terletak di ibu negara Nepal. Jam tangan terus di laras ke waktu tempatan iaitu lebih kurang 2 jam lebih awal berbanding di Malaysia.

TRIBUVAN INTERNATIONAL AIRPORT, KATHMANDU, NEPAL

     Everest Hotel antara yang terhampir dengan Tribuvan Airport. Kesan daripada projek meluaskan jalanraya di sekitar bandar, keadaan persekitaran Kathmandu agak berdebu/berhabuk. Lebih memburukkan keadaan apabila dikhabarkan sejak sebulan yang lalu, hujan tidak turun akibat perubahan musim.


 EVEREST HOTEL, KATHMANDU, NEPAL

     Selain menyediakan bilik penginapan, hotel setinggi 7 tingkat ini turut mempunyai kelengkapan fasiliti yang lain seperti dewan, kolam renang, dan restoran. Turut berada di hotel berkenaan merupakan beberapa buah kedai cenderahati dan agen pelancongan.

     Berikut merupakan beberapa paparan gambar sekitar Hotel Everest buat tatapan semua.



















DAY-2 ( 29 Oktober 2013 )

     Kebetulan sepanjang berada di sini, masyarakat sekitar sedang dalam persediaan untuk menghadapi 2 peristiwa penting dalam masa terdekat iaitu sambutan Deepavali dan Pilihanraya Umum.


     Berikut merupakan beberapa gambar sekitar Kathmandu yang sempat di ambil untuk tatapan semua.









































































DAY-3 ( 30 Oktober 2013 )

     Hari ke-3, pengembaraan diteruskan ke sebuah kawasan yang dinamakan Nepal Gunj. Tempat ini terletak di bahagian timur Nepal yang mengambil masa 45 minit penerbangan dari Kathmandu. Penerbangan domestik Buddha Air merupakan syarikat penerbangan tempatan yang biasa diguakan untuk ke destinasi dalam negara.







     Berikut merupakan beberapa gambar yang sempat diambil ketika berada di Nepal Gunj.






























DAY-4 ( 31 Oktober 2013 )

     Sekitar Kathmandu terdapat beberapa tempat menarik. Diantaranya Bhaktapur, yang mempunyai bangunan bersejarah berabad lamanya yang masih tegap sehingga kini. Kalau hendak tahu lebih lanjut mengenai Bhaktapur, kena google sendiri.



























DAY-5 (1 November 2013)

     Biratnagar, 35 minit penerbangan dari Kathmandu. Terletak di barat Nepal, sebuah bandar kecil yang serba kekurangan. Setelah tiba di lapangan terbang Biratnagar, perjalanan diteruskan ke sebuah perkampungan kecil iaitu Dharan sejauh 45 minit menaiki kenderaan.













































DAY-6 (2 November 2013)

     Alhamdulillah, pertama kalinya melihat sendiri kebesaran Ilahi dengan pakej 'Mountain Flight' yang membawa penumpang bersiar-siar sekitar pergunungan Himalaya di mana letaknya puncak dunia (Everest). Penerbangan memakan masa 45 minit menggunakan penerbangan Buddha Air turut memberi peluang untuk setiap penumpang melihat Everest dari kokpit juruterbang.

GUNUNG EVEREST (KOKPIT VIEW)















     Lokasi kedua untuk hari ke-6, sebuah lagi bandar bersejarah di Kathmandu iaitu Durbar Square. Persekitaran yang turut memiliki bangunan yang bercirikan senibina seperti di Bhaktapur, ianya turut menjadi daya tarikan pelancong dari dalam dan luar Nepal.





































DAY-7 (3 November 2013)











1 comment: