PPKKM-KDN

CPR 2010 *New Guideline

Pengenalan

 Kebanyakan kematian pada masa kini adalah berpunca daripada serangan jantung.
 Boleh berlaku kepada sesesiapa pada bila-bila masa.
 Tindakan yang tepat dan pantas mampu menyelamatkan mangsa.
 Kajian menunjukkan bahawa kebarangkalian untuk hidup bagi mangsa serangan jantung yang tidak sedarkan diri berkurangan sebanyak 10% bagi setiap MINIT tanpa asas bantuan hayat yang diberikan.
 Kebarangkalian untuk mendapatkan kembali rentakan jantung yang normal adalah tinggi sekiranya penyelamat menggunakan ‘Automated External Defibrillator’ (AED).

Cardio Pulmunary Resusitation (CPR)

Definisi
-Bantuan pernafasan dan tekanan jantung dari luar.

Terdapat 5 protokol dalam perlaksanaan CPR
D - Danger (Bahaya)
R - Response (Tindakbalas)
C - Circulation (Pengaliran darah)
A - Airway (Saluran Pernafasan)
B - Breathing (Pernafasan)

Danger
 Pastikan terlebih dahulu keadaan persekitaran selamat daripada sebarang ancaman.
 Alihkan mangsa ke tempat yang selamat jika perlu.
 Sekiranya keadaan benar-benar selamat, teruskan dengan protokol seterusnya;

Response

 Periksa tahap kesedaran mangsa.

Lihat tanda-tanda sirkulasi (pergerakan / batuk / bernafas).
 Panggil sambil menepuk-nepuk bahu mangsa.
 Sekiranya mangsa tidak sedar, minta bantuan ambulans bersama kelengkapan (AED).
 Setelah pihak hospital telah dihubungi, teruskan dengan protokol seterusnya;

Circulation

Periksa nadi bagi memastikan samada jantung mangsa masih berfungsi.
Sekiranya jantung (nadi) masih berfungsi, teruskan dengan memberi bantuan pernafasan sebanyak 5 kali diselangselikan dengan memeriksa nadi mangsa. Beri bantuan pernafasan sehingga bantuan tiba.
 Sekiranya tiada nadi dan tanda sirkulasi (nadi), lakukan tekanan pada dada mangsa.
 Bagi menentukan titik tekanan pada dada mangsa ikut kaedah ini;
1) andaikan satu garisan lurus diantara titik puting dan garisan lurus di tengah dada.
2) pertembungan dua garisan ini akan menentukan point tekanan tersebut.
 Letakkan tapak tangan anda di point tekanan sambil sebelah tangan lagi disulam bahagian atasnya.
 Siku hendaklah dikunci lurus hingga ke bahu pada sudut 90 darjah.
 Tekan cepat (pada kelajuan 3 tekanan dalam setiap 2 saat) sebanyak 30 kali diselang-seli dengan 2 hembusan pernafasan (30 : 2).

Airway

 Pastikan saluran pernafasan mangsa tidak tersekat dengan;
 Dongakkan kepala mangsa sambil angkat dagunya.
 Keluarkan bendasing dalam mulut mangsa (jika ada).
 Sekiranya saluran pernafasan mangsa tidak terhalang, teruskan dengan protokol seterusnya;

Breathing

 Periksa pernafasan mangsa (3M).
1- Melihat
2- Mendengar
3- Merasa
 Ketiga-tiga kaedah 3M ini perlu dilakukan serentak dengan merapatkan pipi ke mulut mangsa dengan peka sebarang bunyi pernafasan serta memandang ke arah dada mangsa.
 Sekiranya mangsa tiada sebarang tanda-tanda bernafas, beri 2 bantuan pernafasan mulut ke mulut. Tutup hidung mangsa dan hembus ke dalam mulut mangsa sehingga dadanya naik sedikit.
 Lepaskan mulut anda dari mulut mangsa selepas setiap hembusan.
 Sekiranya dada tidak mengembang, betulkan salur pernafasan.

 Setelah selesai memberi 2 bantuan pernafasan, ulang semula protokol "Circulation" hingga "Breathing".
 Lakukannya berturut-turut sehingga AED atau bantuan tiba.