Luka&Pendarahan


Definisi Luka dan Darah

         Luka adalah kecederaan pada permukaan kulit yang menyebabkan ianya terkoyak
         Berdarah adalah kecederaan atau terkoyaknya salurdarah samada Arteri, Vena atau Kapilari dan menyebabkan darah mengalir keluar

Tafsiran

Luka
Ø   Sebarang kecederaan, carikan atau koyakan yang tidak normal pada kulit atau permukaan badan dinamakan luka.

Pendarahan
Ø Pengaliran darah atau cecair lain yang keluar dari pecahan kulit.

Luka terbahagi kepada 2
Ø Luka terbuka
Ø Luka tertutup

 Pendarahan terbahagi kepada 2
Ø Berdarah di luar (externel Bleeding)
Ø Berdarah di dalam (Internel Bleeding)

Jenis-jenis luka
Ø Luka terguris / terhiris
Ø Luka melecet
Ø Luka terkoyak
Ø Luka tembus
Ø Luka kontusi / lebam
Ø Luka calar
Ø Terputus anggota


1)      Luka terguris / terhiris
Ø Terkena objek tajam seperti pisau, kaca dan sebagainya.
Ø      Luka lurus dan bersih.
Ø      Terpotong salur darah.
Ø      Darah meleleh dengan banyak.
Ø Luka pada tangan / kaki mungkin akan memutuskan struktur lapisan bawah / tisu seperti Tendon.

2)      Luka melecet & terkoyak
Ø Berpunca daripada geseran anggota dengan benda keras.
Ø      Mudah dijangkiti kuman.
Ø      Banyak partikel / bendasing dalam luka.

3)      Luka tembus / tembakan
Ø Akibat daripada tembakan, tusukan, tikaman benda halus dan tajam seperti pisau, paku, jarum, besi, peluru dan sebagainya.
Ø      Luka pada titik kemasukan adalah kecil tetapi kecederaan di dalamnya adalah serius.

4)      Luka kontusi / lebam
Ø Akibat daripada pukulan atau hentakan yang kuat.
Ø      Memecahkan kapilari di bawah lapisan kulit.
Ø Menganggu / menyekat peredaran darah yang menyebabkan bahagian yang tercedera kebiruan / lebam.
Ø Kulit merekah / berbonjol (tidak terkoyak).
Ø      Lebam yang teruk menandakan kecederaan dalaman / keretakan tulang.

5)      Luka calar
Ø Akibat daripada geseran pada benda keras dan kasar.
Ø      Hanya melibatkan lapisan atas kulit (kecederaan ringan).
Ø Darah sedikit sahaja.

6)      Terputus anggota
Ø Akibat daripada kemalangan yang teruk.
Ø Banyak kehilagan darah dan tisu yang cedera (kecederaan berat).
Ø Memutuskan pembuloh saluran darah (darah keluar memancut).

Pendarahan terbahagi kepada 2
Ø Berdarah di luar
Ø Berdarah di dalam

Pendarahan dikelaskan mengikut pembuloh / saluran darah.
1)      Pendarahan ARTERI.
2)      Pendarahan VENA.
3)      Pendarahan KAPILARI.

1)      Pendarahan ARTERI
Ø Pendarahan urat nadi.
Ø Darah yang telah dioksigenkan (merah cerah).
Ø      Darah dibawah tekanan jantung.
Ø Darah keluar memancut (boleh mengosongkan sistem darah).

2)      Pendarahan VENA.
Ø Pendarahan urat biru.
Ø Darah bewarna berah tua.
Ø Kurang tekanan berbanding darah arteri.
Ø Darah keluar meleleh.


3)      Pendarahan KAPILARI.
Ø Pendarahan urat rerambut / halus.
Ø Pendarahan dicirikan sebagai lelehan.
Ø Berlaku pada semua jenis luka.
Ø Aktif pada permukaan.
Ø Pukulan yang kuat menyebabkan kapilari memecah di bawah lapisan kulit dan mengakibatkan pendarahan dalaman (lebam).

Penahanan darah
1)      Tekanan tepat / langsung (direct pressure)
Ø Tekanan pada bahagian luka (tekanan terus).
Ø      Gunakan pembebat bersih / kain.
Ø Pastikan tiada bendasing.
Ø Gunakan pelapik / balutan cincin sekiranya terdapat bendasing.

2)      Tekanan tidak tepat / tidak langsung (Torniquet)
Ø Tekanan pada pembuluh darah sebelum bahagian kecederaan.
Ø Tekan hanya untuk kurang daripada 10 minit dan perlu dilepaskan.
Ø Jangan guna ikatan untuk tekanan kerana ia boleh merosakkan tisu.

Ø      Titik nadi utama.
            - Karotik
            - Brakial
            - Radial
            - Femoral
            - Distal
  
Mengawal pendarahan
Ø Kawal pendarahan dengan kaedah tekanan tepat / tidak tepat.

1)      Meninggikan anggota yang cedera
Ø Tinggikan dari paras jantung.

2)      Membalut dengan pembalut bersih
Ø Gunakan pembebat jika balutan luar basah akibat pendarahan.

3)      Menghalang renjatan
Ø      Tinggikan bahagian kaki dan selimutkan mangsa untuk mengawal suhu badan mangsa.

Mengurus mangsa
Ø Baringkan mangsa jika perlu.
Ø Tinggikan bahagian luka / kaki.
Ø Selimutkan mangsa untuk mengawal suhu badan mangsa.
Ø Longgarkan pakaian mangsa. 
Ø Periksa tindakbalas mangsa dari masa ke semasa
Ø      Segera hantar mangsa ke hospital.

Uji kemahiran anda mengawal tetikus sekarang!!!!