Terdapat 3 unsur utama api.
1) Haba
2) Bahan
3) Oksigen
Segitiga api
HabaHaba merupakan komponen utama pembakaran boleh diperolehi daripada beberapa perkara iaitu;
a) Api
b) Bahangan
c) Sinaran
d) Geseran
Bahan
Bahan terbahagi kepada 2;
a) Boleh terbakar
contoh ; kayu, kain, tekstil, plastik dll.
b) Mudah terbakar
contoh ; petrol, propana, oktana, gasolin dll
Bahan yang terbakar akan menentukan jenis / kelas api dan alat pemadam api yang digunakan untuk mengawal kebakaran bergantung kepada kelas api tersebut.
Kelas-kelas api;
Kelas A - Pepejal
Kelas B - Cecair
Kelas C - Gas
Kelas D - Logam
Kelas E - Elektrik
Oksigen
Hanya 16 - 21% oksigen di dalam udara diperlukan bagi bagi memulakan setiap pembakaran.
Api boleh wujud serta merebak melalui beberapa cara iaitu;
1) Terus menerus
Contoh : Unit "C" mengalami kebakaran dan api akan merebak secara terus menerus membakar unit bersebelahan (bahan) iaitu "D" & "B" dan seterusnya.
2) Pengaliran
Contoh : Unit "A" yang terbakar memindahkan haba melalui agen pengalir haba (dawai, paip dll) dan menyebabkan unit "B" (bahan) turut terbakar.
3) Bahangan
Contoh : Bahangan daripada unit "B" yang terbakar menyebabkan unit "A" & "C" (bahan) yang terletak berhampiran turut terbakar.
4) Olak haba
Contoh : Haba kepanasan daripada kebakaran unit "B" & "A" akan terkumpul di ruangan tertutup dan menyebabkan unit "D" (bahan) turut terbakar.
Terdapat 3 kaedah bagi melawan serta memadam kebakaran.
- Ianya perlu merujuk kepada ketiga-tiga unsur api tersebut dengan memilih sekurang-kurangnya salah satu yang dapat ditangani.
1) Menyejuk - Haba
Melepaskan air ke bahagian yang terbakar / belum (berisiko untuk terbakar).
2) Melapar - Bahan
Mengalih / mengasingkan bahan yang boleh / mudah terbakar dari punca api.
3) Melemas - Oksigen
Menyekat api mendapat bekalan oksigen daripada meneruskan pembakaran.
Jenis-jenis alat pemadam api mudah alih (Fire Extinguiser);
1) Debu kering (Dry powder) - Warna biru
2) Karbon dioksida (CO2) - Warna hitam
3) Buih (Foam) - Warna krim
4) Air (Water) - Warna merah
Cara-cara menggunakan alat pemadam api mudah alih (FE);
Menyelamatkan diri dari bangunan yang terbakar.
Apabila terperangkap dalam banggunan yang terbakar :
1. Jangan panik
2. Tutup mulut dan hidung dengan kain lembab.
Tujuan :
- tidak tersedut asap / lemas.
- menghalang daripada terhidu gas beracun seperti karbon monoksida.
3. Merendahkan badan dan bergerak menuju ke dinding.4. Bergerak sehala (rapat kepada dinding) sambil tangan meraba ke atas dan ke bawah.
5. Apabila menemui pintu, buka secara perlahan-lahan dan berhati-hati.
Melepaskan diri dari tingkat satu bangunan
Ø Keluar dari tingkap / beranda.
Ø Bergayut pada bingkai / beranda dengan berhati-hati.
Ø Kemudian terjun.
Ø Lari ke tempat selamat.
Melepaskan diri dari tingkat dua bangunan
Ø Jangan panik.
Ø Gunakan kain cadar, selimut atau langsir sebagai alih ganti.
Ø Sambungkan kesemuanya hingga menjadi panjang.
Ø Ikat pada sesuatu yang kukuh dan turun melaluinya.
Meminta bantuan dari tingkat tiga atau lebih
Ø Sediakan tali yang cukup kuat untuk menampung keberatan badan.
Ø Jika tiada tali, minta pertolongan melalui tingkap.
Ø Lakukan sehingga penyelamat tiba.
Ø Jangan putus asa.