PPKKM-KDN

Monday, April 19, 2010

Kem Kepimpinan Pelajar @ SMK Setapak Indah KL (16-18/04/2010)


     Kem Kepimpinan Pelajar yang berlangsung selama 3 hari 2 malam yang telah berlangsung ini bertujuan untuk memberi keyakinan serta kesedaran peserta berkenaan kepentingan sifat-sifat kepimpinan yang perlu dipupuk dalam diri mereka sejak bersekolah lagi. Kem yang dihadiri oleh Pengawas, Pengawas Pusat Sumber dan Pembimbing Rakan Sebaya ini sebagai langkah awal sekolah dalam membentuk bakal pemimpin yang baik sebagai pelapis negara pada masa akan datang.
    
     Saya yang juga turut terlibat sebagai jurulatih bersama dua yang lain dan 6 orang fasilitator yang berpengalaman serta seorang Komandan Kem telah diberi kepercayaan oleh pihak pengurusan SMK Setapak Indah bagi menerajui keseluruhan progran tersebut. Jadual padat yang telah diatur merangkumi "Team Building", Jatidiri Pemimpin", "Modal Insan" dan lain-lain lagi melalui program perbincangan, perbentangan dan riadah serta penyelesaian masalah.
 
     Selain memupuk nilai-nilai murni seperti berdisiplin, amanah, bertanggungjawab dan berwawasan, pelajar turut didedahkan dengan beberapa kemahiran berkaitan Asas PertolonganCemas dan Menyelamat serta praktikal mengenai tindakan pengurusan dalam menghadapi sesuatu bencana. Secara tidak langsung juga, mereka mamapu untuk menyusun, mentadbir dan membentuk sebuah pasukan yang mampu untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
 
     Diharap, segala pemberian dan tunjuk ajar daripada kami semua akan memberi manfaat serta dapat menjadi inspirasi kepada peserta pada masa akan datang.

Nota: "Cikgu sayang kamu semua!!"


Galeri Kursus Kepimpinan 2010 SMK Setapak Indah

 Pendaftaran, Pembahagian Kumpulan & Pemberian amanah

Penubuhan Kumpulan & Bendera

Memasang Khemah

 Perbincangan Kumpulan 


Night Walk

Teori Pertolongan Cemas


Amali Penggunaan Anduh Segitiga

Minum petang~

Simulasi Bencana

7 comments:

  1. time kaseh ckg..krne ckg2 la yg tlh m'ajar kmi untuuk berdisiplin dan bertanggungjawab ats satu pasukan..

    ReplyDelete
  2. ckg..klu o0wg yg patah tulang blakang...klu patah dalaman??pe yg pato0t kte wt ?? xkn nk patahkan ko0wt..

    ReplyDelete
  3. Sekiranya mangsa mengalami kecederaan pada bahagian tulang belakang, terdapat beberapa tanda yang boleh dikenalpasti seperti sakit di bahagian belakang/pinggang/leher, gagal menggerakkan anggota badan yang lain seperti kaki dan tangan serta atau mengalami simptom lain seperti sesak nafas. Jangan alihkan mangsa dari tempatnya dan pastikan mangsa dapat bernafas. Seandainya perlu dialihkan, maka posisi mangsa perlulah sama ketika diangkat sebagaimana sebelum dia dialihkan.

    ReplyDelete
  4. o0o...mknenyew..kne angkt slo0wly la..o0o0...n o0ne mo0re...were is my pho0ot0??huhu..

    ReplyDelete
  5. kem ini dibuat hanyalah untuk pertolongan cemas atau pun untuk menjadikan mereka sebagai seorang pemimpin? merujuk diatas penyelesaian masalah ini bermaksud??

    ReplyDelete
  6. penyelesaian masalah diatas adalah merujuk kepada soalan sebelumnya.

    ReplyDelete
  7. Kem ini merupakan Kem Kepimpinan Pelajar. Bagi seorang pemimpin yang profesional adalah lahir daripada kepimpinannya terhadap diri sendiri dahulu. Setiap insan sebenarnya harus tahu kepelbagaian kemahiran dan bukan setakat tahu memimpin, malah tahu akan cara-cara untuk mengawal situasi dan mempunyai kepelbagaian kemahiran. Oleh yang demikian, pihak sekolah telah bersetuju dengan sesi pertolongan cemas diajar kepada mereka mengikut keadaan semasa.

    ReplyDelete