PPKKM-KDN

Monday, May 03, 2010

Kursus Kejurulatihan "Train The Trainer"_PPKKM (25 - 30 April 2010)

  
     Alhamdulillah... Berkuatkuasa 30 April 2010, saya ditauliahkan sebagai Jurulatih oleh Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia (PPKKM) setelah menjalani kursus kejurulatihan "Train The Trainer" yang bertempat di Akademi Keselamatan PPKKM, IKRAM Bangi.
     Kursus  yang dijalankan dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) telah berlangsung selama 5 hari dan dihadiri 30 orang peserta daripada pelbagai syarikat kawalan keselamatan seluruh Malaysia.

     Kursus yang dihadiri 25 peserta lelaki dan selebihnya wanita telah diberi panduan serta pengajaran berhubungkait teknik serta kaedah penyampaian yang berkesan oleh penceramah daripada Corporate Consulting (CeDR). Turut memberi tunjuk ajar, Kem Komandan Akademi dan jurulatih-jurulatih berpengalaman dari Akademi Keselamatan.

     Setelah bertungkus-lumus melaksanakan tugasan masing-masing dan kumpulan dengan cemerlang, akhirnya kesemua peserta ditauliahkan untuk layak mengajar bagi memberi latihan bagi memartabatkan lagi industri keselamatan pada masa akan datang.

No comments:

Post a Comment