PPKKM-KDN
▼
Wednesday, March 24, 2010
Bukit Putih, Cheras
Bukit Putih yang terletak di Taman Awana, Cheras merupakan sebuah kawasan bagi peminat aktiviti "jungle tracking" bagi menguji kemampuan fizikal mereka. Keindahan flora dan fauna ini bagaikan menjadi daya tarikan kuat bagi setiap mereka yang berkunjung ke sini.
Boleh dikatakan, puluhan pengunjung tidak mengira usia menjadikan kawasan ini sebagai tempat riadah mereka hampir setiap hari. Air terjun yang terletak kira-kira lebih dari satu jam perjalanan bakal membuatkan pengunjung pastinya tidak melepaskan peluang bagi merasai kesejukannya setelah puas menerokai trek sebelumnya. Namun begitu, bagi mereka yang tidak peka akan aspek keselamatan mampu mengundang sesuatu yang buruk sepanjang perjalanan mereka.
Mengikut tinjauan saya sendiri, terdapat beberapa laluan masuk ke bukit ini seperti seperti melalui Taman Awana (laluan utama), Taman Mudun, Taman Melur (Bukit Saga), Cheras Hartamas dan banyak lagi. Pengunjung juga perlu berhati-hati kerana terdapat lebih dari 30 persimpangan "Y" yang terdapat di sekitar bukit ini yang mampu membuatkan sesiapa sahaja tersasar hinggakan mampu membawa ke laluan kawasan hutan sekitar Daerah Hulu Langat berdasarkan kes-kes mencari dan menyelamat yang saya sertai bersama Pasukan Pertahanan Awam sebelum ini.
Terdapat 2 laluan utama untuk menuju puncak bukit ini yang salah satunya perlu melalui 6 "checkpoint" di sepanjang laluannya. Salah satu daripadanya perlu melalui beberapa checkpoint iaitu "checkpoint 1, 3 dan 5 sebelum tiba ke puncak (6). Pengunjung yang tiba di "checkpoint" 5 boleh memilih untuk menuju ke air terjun (30 minit) atau terus ke puncak Bukit Batu Putih. Di bahagian puncak yang terletak di "checkpoint"6 ini , terdapat juga laluan ke puncak Bukit Saga, Ampang yang terletak kira-kira 30 minit perjalanan landai.
nty wt kt cne agy kan??nto0k sk0olah???bpe ari??misti best kan??
ReplyDelete