PPKKM-KDN
▼
Tuesday, March 16, 2010
Bukit Saga, Ampang
Bukit Saga pastinya tidak asing lagi bagi penduduk di sekitar Taman Melur, Ampang yang mana merupakan salah satu lokasi bagi mereka menjalankan aktiviti sihat dan lasak pada setiap hujung minggu. Namun begitu, ramai yang tidak sedar kewujudannya yang sekian lama meskipun ianya hanya beberapa kilometer jaraknya dari rumah mereka.
Bukit Saga mempunyai 3 trek yang menuju ke arah puncak yang sama. Jarak serta cabaran laluan menuju ke puncak adalah berbeza bagi setiap trek bergantung kepada keupayaan setiap pendaki.
Trek "A" merupakan laluan yang paling tinggi tahap pendakiannya terus ke puncak namun jaraknya lebih dekat (30 minit) berbanding trek yang lain. Trek "C" pula merupakan laluan trek serdahana yang memakan masa sekitar 50 minit pendakian menuju ke puncak. Sebelum tiba di puncak, terdapat satu persimpangan di mana pendaki boleh menukar haluan untuk ke air terjun yang jaraknya kira-kira 45 minit dari simpang tersebut. Bagi mereka yang gemar perjalanan santai sewaktu pendakian, trek "B" adalah yang paling sesuai bagi mereka. Namun cabaran pendakian tetap ada untuk sampai ke puncak yang memakan masa lebih dari satu jam.
Keletihan pendakian pastinya terubat dengan keindahan serta kebersihan puncak Bukit Saga yang menyediakan kawasan rehat yang cukup lengkap bagi setiap pendaki. Difahamkan, terdapat golongan sukarelawan / persatuan penduduk sekitar yang mengawalselia serta menjaga kebersihan sekitar Bukit Saga ini yang setiap minggu akan bergotong-royong bagi memastikan keindahan semulajadi hutan ini terpelihara.
Di puncak Bukit Saga juga terdapat laluan ke puncak Bukit Batu Putih sekiranya pendaki ingin menyambung perjalanan mereka ke puncak bukit tersebut yang mengambil masa setengah jam perjalanan
kalau buat expedisi kt bukit saga ni memerlukan berapa lame untuk mendaki? dan adakah selok belok nye selamat??
ReplyDeletejangkamasa telah dimaklumkan.. trek mudah dan tidak banyak simpang..
Delete