PPKKM-KDN

30 & 31 Oktober 2010 @ Teratak Naly's


     Percutian bersama sahabat-sahabat di Teratak Naly's, Batang Kali.

23 September 2010 @ Fortaleza de Malacca


     Sewaktu 'outstation' ke Melaka, sempat juga saya meluangkan sedikit masa melawat dan merakamkan sedikit memori di salah sebuah penempatan puak penjajah yang telah berjaya menakluk Melaka sejak 1511.

Thursday, November 25, 2010

30 Ogos 2010 @ Kelly's Castle, Perak


     Sempena menghayati bulan kemerdekaan, saya memilih Kelly's Castle sebagai tempat menimba pengetahuan mengenai negara Malaysia yang kaya dengan sejarah yang tersendiri. Istana yang tidak siap sepenuhnya ini mempunyai keunikannya tersendiri malah, mempunyai cerita disebalik kemasyurannya.

28 Ogos 2010 @ SM (A) Izzuddin Shah, Ipoh

     Setelah 12 tahun meninggalkan Sekolah Menengah Agama Izzuddin Shah, Ipoh Perak (SIS), kini saya kembali semula sekadar mahu mengimbau detik-detik bersejarah sepanjang tempoh 3 tahun belajar di sana.

Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan Al-Mubarak

     Assalamualaikum. Terima kasih kepada semua yang selama ini meluangkan masa untuk melayari laman blog ini serta memberi komen-komen yang bernas sejak ianya dibuka. Dengan rendah diri serta tahap kesyukuran yang amat sangat, saya mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan yang diberkati kepada semua. Semoga keberkatannya dimanfaat oleh kita bersama. Terima Kasih.

Monday, July 26, 2010

23 - 25 Julai 2010_Civil Defence Club (UIAM) @ Kem Rebutia, Alang Sedayu

     Setelah sekian lama bercuti panjang, kali ini saya kembali semula dalam usaha menyampaikan ilmu yang telah diamanahkan. 3 hari 2 malam di Kem D'Perkasa, Rebutia, Alang Sedayu banyak memberi pengalaman serta pengajaran yang tidak akan dilupakan. Seramai 13 ahli 'Civil Defence Club' dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak menyertai 'Basic Emergency Action Course' (BASEAC) dengan kerjasama Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

Monday, July 19, 2010

16 - 18 Julai 2010_Latihan Zon Tengah @ Hulu Tamu, Batang Kali

     Selama 3 hari berkampung di Pahlawan Eco Resort, bagi menjayakan latihan pasukan zon tengah (Kuala Lumpur-Selangor-Perak). Pada kali ini Kuala Lumpur telah dilantik bagi menganjurkan latihan ini dan telah memilih Hulu Tamu, Batang Kali sebagai lokasi perkampungan peserta. Kesesuaian pemilihan tempat ini adalah bergantung kepada keadaan lokasinya yang amat strategik berdasarkan penumpuan kepada pengkhususan latihan (membaca peta dan kompas) serta tinjauan yang dibuat oleh pasukan tinjauan khas yang dihantar sebelumnya.

Thursday, July 15, 2010

Open Water Diving @ Pulau Tioman

     Setelah menunggu selama setahun, akhirnya saya dinobatkan sebagai pemegang lesen 'Open Water Diving' daripada PADI. Pengalaman serta pengajaran yang diterima sepanjang kursus 4 hari 4 malam di Pulau Tioman tersebut tidak akan dilupakan serta sebagai permulaan bagi meningkatkan tahap diri sendiri dalam dunia skuba ini.

Thursday, July 08, 2010

04 Julai 2010 @ Taman Pertanian Malaysia, Bukit Cahaya Sri Alam, Shah Alam, Selangor

     Taman Pertanian Malaysia, Bukit Cahaya Sri Alam terletak di Shah Alam, Selangor. Bayaran masuk RM3 dikenakan kepada setiap pengunjung yang berusia 12 tahun ke atas dan RM1 bagi meletakkan kenderaan. Berkeluasan 817 hektar,

Tuesday, July 06, 2010

3 Julai 2010 @ Pusat Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong, Selangor

     Belum pun hilang penat menjelajah di Hutan Pendidikan Bukit Gasing, saya meneruskan perjalanan untuk meneroka ke Kepong bagi melawati Pusat Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) bersama-sama rakan yang telah sedia menunggu di sana. Tetapi pada kali ini, kami hanya melakukan lawatan tapak bagi melihat sendiri apa yang ada di sini.

Monday, July 05, 2010

3 Julai 2010 @ Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya

     Hutan Pendidikan Bukit Gasing yang terletak di seksyen 5 Petaling Jaya, merupakan salah satu kawasan hutan simpan di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Selain daripada melaksanakan aktiviti riadah, pengunjung dapat mengenali dengan lebih dekat lagi segala tumbuhan yang wujud sekitarnya yang telah dilabel oleh pihak pengurusan. Terdapat 2 kawasan dikatakan menarik yang ianya menjadi 'checkpoint' yang mesti dilawati oleh setiap pengunjung iaitu Menara Pandangan dan Jambatan Gantung.

Saturday, June 26, 2010

26 Jun 2010 @ Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya


     Hari ini seakan-akan terlalu singkat bagi menggambarkan kehebatan sebenar Hutan Pendidikan Bukit Gasing ini. Suatu hari nanti, saya pasti akan kembali meneroka keindahan sebenar untuk berkongsi keunikan flora dan faunanya.

Nota : I'll be back.

Friday, June 25, 2010

19 Jun 2010 @ Ulu Perdik, Hulu Langat

     Walaupun perancangan yang teliti telah dibuat mengenai program kali ini, tetapi pelbagai yang terpaksa kami hadapi untuk menjayakan program kali ini. BBQ selepas mendaki merupakan yang pertama kali dilaksana bagi mengisi kelapangan memandangkan masa pendakian yang amat singkat. Walaubagaimanapun, dengan kerjasama dan ketabahan ahli kumpulan membuatkan ianya menjadi yang terbaik yang pernah kami lalui.

Nota : Terima kasih semua.

Friday, June 18, 2010

Ekspedisi menjadi Operasi (12 Jun 2010 @ Gunung Nuang)

     Setiap sesuatu yang berlaku itu ada hikmahnya. Itulah yang dapat digambarkan pada penghujung ekspedisi saya di Hutan Gunung Nuang ini. Kebetulan semasa saya mendaftarkan diri (12 Jun 2010) untuk memasuki perkarangan pintu masuk ke gunung ini, saya dimaklumkan oleh pihak pengurusan bahawa terdapat sekumpulan Pengakap dari sekitar Hulu Langat dan Cheras akan membuat ekspedisi ke puncak gunung.

Wednesday, June 16, 2010

12 Jun 2010 @ Gunung Nuang

          Kerinduan terhadap Hutan Lipur Gunung Nuang akhirnya terubat jua dengan ketenangan dan kedamaian yang dinikmati selama dua hari satu malam berada di kawasan hutan simpan itu. Keindahan flora dan fauna pastinya memikat hati setiap pengunjung yang bakal menjadikan sesiapa sahaja yang datang ke sini terdetik untuk kembali semula.

Monday, June 07, 2010

05 Jun 2010 @ Ulu Perdik, Hulu Langat


     Musim hujan yang melanda sekitar Kuala Lumpur dan kawasan tertentu tidak menghalang daripada saya untuk meneruskan pengembaraan saya pada kali ini. Pada peringkat awal, saya hampir-hampir untuk menukar haluan ke Gunung Nuang namun disaat-saat akhir saya tetap meneruskan hajat untuk ke air terjun Ulu Perdik Hulu Langat yang sekian lama tidak dikunjungi.

Tuesday, May 25, 2010

22 Mei 2010 @ Bukit Putih

     Tugas pertama saya sebagai "Tourist Guide" membawa golongan pencinta alam, amat membuahkan hasil dengan kepuasan yang dilahirkan oleh setiap riak wajah kesemua pendaki tersebut. 3 jam perjalanan mendaki Bukit Putih, Cheras amat berbaloi setibanya kami di keindahan air terjun yang seakan-akan menanti kehadiran setiap pengunjungnya.

Monday, May 03, 2010

Kursus Kejurulatihan "Train The Trainer"_PPKKM (25 - 30 April 2010)

  
     Alhamdulillah... Berkuatkuasa 30 April 2010, saya ditauliahkan sebagai Jurulatih oleh Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia (PPKKM) setelah menjalani kursus kejurulatihan "Train The Trainer" yang bertempat di Akademi Keselamatan PPKKM, IKRAM Bangi.

Monday, April 19, 2010

Kem Kepimpinan Pelajar @ SMK Setapak Indah KL (16-18/04/2010)


     Kem Kepimpinan Pelajar yang berlangsung selama 3 hari 2 malam yang telah berlangsung ini bertujuan untuk memberi keyakinan serta kesedaran peserta berkenaan kepentingan sifat-sifat kepimpinan yang perlu dipupuk dalam diri mereka sejak bersekolah lagi. Kem yang dihadiri oleh Pengawas, Pengawas Pusat Sumber dan Pembimbing Rakan Sebaya ini sebagai langkah awal sekolah dalam membentuk bakal pemimpin yang baik sebagai pelapis negara pada masa akan datang.

Wednesday, March 24, 2010

Bukit Putih, Cheras

    
     Bukit Putih yang terletak di Taman Awana, Cheras merupakan sebuah kawasan bagi peminat aktiviti "jungle tracking" bagi menguji kemampuan fizikal mereka. Keindahan flora dan fauna ini bagaikan menjadi daya tarikan kuat bagi setiap mereka yang berkunjung ke sini.

Tuesday, March 16, 2010

Bukit Saga, Ampang

     
     Bukit Saga pastinya tidak asing lagi bagi penduduk di sekitar Taman Melur, Ampang yang mana merupakan salah satu lokasi bagi mereka menjalankan aktiviti sihat dan lasak pada setiap hujung minggu. Namun begitu, ramai yang tidak sedar kewujudannya yang sekian lama meskipun ianya hanya beberapa kilometer jaraknya dari rumah mereka.

Thursday, March 11, 2010

Demo @ PLKN Mantin


     Pengalaman sewaktu menjayakan "Demonstrasi Kemalangan Jalanraya" yang di persembahkan bersama Pasukan Pertahanan Awam Kuala Lumpur (JPAM) di Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) Mantin, Negeri Sembilan. Tugas berat dipikul oleh semua yang terlibat dalam mempamerkan tahap kemampuan sebenar dan tahap profesionalisme Sukarelawan Pertahanan Awam dalam melindungi rakyat dalam apa jua situasi kecemasan dan menjaga keamanan negara Malaysia yang tercinta dalam mengaplikasi ilmu Pertahanan Awam.
     Secara peribadi, saya menganggap bahawa "Demonstrasi Kemalangan Jalanraya" ini, bolehlah dianggap yang paling berjaya sepanjang penglibatan saya dalam demonstrasi sepanjang tahun 2009 yang lalu. Tahniah semua. Untuk video penuh demonstrasi tersebut lihat layari http://www.youtube.com/watch?v=6SDfPlqPBBM atau lihat di ruangan video saya.

Nota : Blogger sebagai penunggang motosikal.