PPKKM-KDN

Tuesday, May 25, 2010

22 Mei 2010 @ Bukit Putih

     Tugas pertama saya sebagai "Tourist Guide" membawa golongan pencinta alam, amat membuahkan hasil dengan kepuasan yang dilahirkan oleh setiap riak wajah kesemua pendaki tersebut. 3 jam perjalanan mendaki Bukit Putih, Cheras amat berbaloi setibanya kami di keindahan air terjun yang seakan-akan menanti kehadiran setiap pengunjungnya.

     Pertemuan saya bersama mereka sebelum ini semasa pendakian di Bukit Tabuh, Melawati akhirnya mencapai kata sepakat sesama mereka yang ingin menjemput saya sebagai "guide" mereka memandangkan saya pernah ke sini sebelumnya. Oleh yang demikian, atas perjanjian yang telah dimeterai antara saya dan pihak pengurusan (Cik/Puan Aishah) yang bertanggungjawab mengumpulkan peserta, saya dijanjikan santapan Maggi seandainya kesemua ,mereka sampai ke air terjun tersebut.

     Hujan renyai-renyai sepanjang perjalanan yang memakan masa hampir 3 jam tidak memadamkan semangat 17 orang pendaki yang di sertai 4 orang lelaki dan 13 orang perempuan kesemuanya. 3 jam dihabiskan oleh kesemua peserta di kawasan air terjun bagi menikmati keindahan dan panorama ciptaan yang Maha Esa. Tahniah kesemuanya dan berikut merupakan antara detik-detik menarik yang sempat di rakam sepanjang ekspedisi kami.

     









Nota : Maggi tak dapat pun..

4 comments:

  1. best nye tempat ni..cikgu selalu buat trip kat sini ke?? kalau lepasan spm nanti nak buat kt sini bleyh?? dan ckgu sebagai guide kami.. supaya masa kami tak terbuang cam tu je...

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum... erm... bagusnya ada juga yg minat dgn aktiviti mcm ni.. buat masa ni fikirkan tentang pelajaran dulu k..

    ReplyDelete
  3. perjalanan untuk sampai ke bukit ini mengambil masa yang lama ke??

    ReplyDelete
  4. Perjalanan bergantung kepada tahap kemampuan seseorang tu. Saya pernah sampai ke air tejun yang hanya memakan masa selama 1 setengah jam. Rujuk laporan saya di atas.

    ReplyDelete