PPKKM-KDN

Monday, June 07, 2010

05 Jun 2010 @ Ulu Perdik, Hulu Langat


     Musim hujan yang melanda sekitar Kuala Lumpur dan kawasan tertentu tidak menghalang daripada saya untuk meneruskan pengembaraan saya pada kali ini. Pada peringkat awal, saya hampir-hampir untuk menukar haluan ke Gunung Nuang namun disaat-saat akhir saya tetap meneruskan hajat untuk ke air terjun Ulu Perdik Hulu Langat yang sekian lama tidak dikunjungi.
    
     Dengan ditemani seorang yang dikenali sebagai Kak Fidza kami bertemu di Balai Polis Bt. 18 Hulu Langat dan kami memulakan ekspedisi dengan mendaftarkan diri sebelum memanjangkan langkah ke babak seterusnya. Permulaan pendakian kami agak lewat walaupun tiba di kawasan kaki bukit sekitar jam 0820, namun hujan memaksa kami menangguhkannya buat seketika hingga akhirnya kami mengambil keputusan untuk meredah cuaca tersebut.


     Sepanjang perjalanan yang memerlukan kami menyeberangi 3 anak sungai  dan akhirnya selepas 45 minit pendakian, tibalah kami di air terjun Ulu Perdik yang mencapai ketinggiannya lebih daripada 30 meter. Kami hanya memilih untuk bergambar serta menikmati keindahannya namun tidak mengambil keputusan untuk mandi kerana itu bukanlah tujuan sebenar kami ke situ.


     Melihat keindahan serta ketenangan yang dihidangkan sepanjang kami di situ cukup untuk memberi keseronokan dengan nikmat Maha Pencipta. 


     Disebabkan perjalanan yang terlalu singkat bagi ekspedisi pada kali ini. saya mencadangkan untuk ke Bukit Saga kepada Kak Fidza dan terkejut apabila dia setuju mengenainya. Selepas menikmati makanan ala kampung di Batu 18, kami ke balai polis semula bagi proses "check out" dan terus menuju ke Taman Saga Ampang untuk pendakian seterusnya.


     Kami memilih untuk mendaki melalui laluan yang paling sukar iaitu melalui trek A bagi meringkaskan perjalanan. Kami berehat selama 30 minit di puncak Bukit Saga sebelum meneruskan perjalanan ke air terjun tersebut. Kedua-dua ekspedisi ini selesai setelah kami keluar dari kawasan tersebut sekitar jam 2000.


Nota : Kagum dengan keupayaan Kak Fidza. Cayok cayok!!!

3 comments:

  1. haha, gila eh...tapi mengenangkan 19.6 ni tak dapat join korang maka minggu lepas tu kira lepaskan geramla...

    nanti tertengok gambar korang begembira tersakit hati pula, ha...ha..

    ReplyDelete
  2. lepas geram sungguh kak fidza kita ni... mula2 naik air terjun ulu perdik, pastu masuk kem sungai congkak, tengahari pulak ke air terjun batu putih pulak~ hahahha...

    ReplyDelete
  3. kik...kik...lepas ni korang pulak berabis ke macam-macam tempat ye...

    ReplyDelete