PPKKM-KDN

Monday, July 26, 2010

23 - 25 Julai 2010_Civil Defence Club (UIAM) @ Kem Rebutia, Alang Sedayu

     Setelah sekian lama bercuti panjang, kali ini saya kembali semula dalam usaha menyampaikan ilmu yang telah diamanahkan. 3 hari 2 malam di Kem D'Perkasa, Rebutia, Alang Sedayu banyak memberi pengalaman serta pengajaran yang tidak akan dilupakan. Seramai 13 ahli 'Civil Defence Club' dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak menyertai 'Basic Emergency Action Course' (BASEAC) dengan kerjasama Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

     Saya difahamkan pada perancangan awalnya, seramai 40 ahli kelab ini akan menyertai program ini namun, sebahagian daripada mereka terpaksa menghadiri program lain yang memaksa mereka membatalkan penyertaan pada saat-saat akhir.

23 Julai 2010

Jam 1700 - Peserta tiba di Kem D'Perkasa, Rebutia dan mendaftarkan diri serta ditempatkan ke khemah masing-masing.
Jam 2000 - Taklimat program (Pengenalan)
Jam 2030 - Pengenalan Pertolongan Cemas dan Asas Sokongan Hayat (CPR)

24 Julai 2010

Jam 0700 - Latihan Kawad Kaki

Jam 0900 - Pembebatan dan Pembalutan (Penggunaan Anduh Segitiga)

Jam 1030 - Menyelamat Kecemasan dan Ikatan Usungan

Jam 1500 - Sains Kebakaran dan Praktikal Melawan Kebakaran
Jam 1730 - Riadah_Sky Trek

Jam 2130 - BBQ

25 Julai 2010


Jam 0700 - Latihan Kawad Kaki
Jam 1100 - Treking ke Air Terjun Sungai Pisang

Jam 1430 - Penutup

1 comment:

  1. best nye aktiviti niy..bila na wt aktiviti niy secara terbuka?? na follow gak aktiviti cm niyh.. huhuhu..

    ReplyDelete