PPKKM-KDN

Monday, July 05, 2010

3 Julai 2010 @ Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya

     Hutan Pendidikan Bukit Gasing yang terletak di seksyen 5 Petaling Jaya, merupakan salah satu kawasan hutan simpan di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Selain daripada melaksanakan aktiviti riadah, pengunjung dapat mengenali dengan lebih dekat lagi segala tumbuhan yang wujud sekitarnya yang telah dilabel oleh pihak pengurusan. Terdapat 2 kawasan dikatakan menarik yang ianya menjadi 'checkpoint' yang mesti dilawati oleh setiap pengunjung iaitu Menara Pandangan dan Jambatan Gantung.

     Melalui Jalan Gasing kira-kira 2 kilometer dari Lebuhraya Persekutuan, laluan masuk ke pintu utama hendaklah melalui Jalan Lembah 5/2 iaitu persimpangan selepas sebuah tokong cina. Jalan Lembah 5/2 akan membawa terus ke pintu gerbangnya di Jalan 5/4. Selain daripada itu, terdapat laluan lain untuk ke sana iaitu melalui Jalan 5/17, Jalan Chantek 5/13 atau Jalan 5/9.

     Oleh kerana ketiadaan tempat meletak kenderaan yang khusus untuk pengunjung, Jalan 5/4 ini sentiasa mengalami kesesakan setiap kali hujung minggu disebabkan pengunjung yang meletakkan kenderaan mereka di bahu jalan. Oleh yang demikian, pengunjung adalah dinasihatkan supaya tidak meletakkan kenderaan hingga menyukarkan pengguna jalanraya yang lain serta penduduk sekitarnya.

     Setibanya saya di laluan masuk utama ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing ini, saya tertarik dengan dua orang wanita berpakaian putih ini yang masing-masing sedang memegang sebuah balang plastik berisi sesuatu di dalamnya. Setelah dihampiri, barulah saya dapat melihat yang mereka ini sedang melepaskan cengkerik dan cacing ke kawasan itu. Selesai sahaja melihat gelagat mereka, saya meneruskan perjalanan.

     'Selamat Datang ke Bukit Gasing'...... Itulah yang dapat digambarkan oleh setiap pengunjung sebaik sahaja mereka melepasi pintu gerbangnya. Sebuah taman bunga yang cantik serta sedap mata memandang ini seakan-akan menanti setiap pengunjungnya. Dengan landskap yang pelbagai, ia menambahkan lagi suasana ketenangan hutan ini yang terletak di pinggir kawasan bandar. Walaupun kawasannya tidak luas, namun saya mengambil masa hampir 1 jam bagi menikmati dan merakamkan segala-galanya untuk dikongsi. Dianggarkan lebih daripada 10 jenis tumbuhan berbunga ditanam di sini yang diuruskan sendiri oleh penduduk sekitar taman perumahan ini.
























     Selepas melepasi persekitaran kawasan taman bunga tersebut, terdapat persimpangan jambatan yang melintasi sebuah sungai kecil. Persimpangan ini akan membawa pengunjung mendaki ke Menara Pandangan yang memakan masa kira-kira 15 minit perjalanan. Namun begitu, saya memilih untuk tidak melalui persimpangan ini. Perjalanan diteruskan melalui trek yang lebih landai.

     5 minit berjalan, dan pengunjung akan menemui satu lagi persimpangan yang salah satunya membawa ke laluan keluar di Jalan 5/66 (kanan) dan satu laluan lagi melintasi sebuah jambatan (kiri) yang menuju ke Menara Pandangan.

     Selepas melintasi jambatan ini, pengunjung perlu mendaki selama 10 minit yang mana ianya bergantung kepada kemampuan sebelum sampai di Menara Pandangan.


     Menara Pandangan amat sesuai dijadikan tempat berehat sebaik sahaja keletihan dalam pendakian sebelumnya. Namun begitu, ruangan di atasnya amatlah terhad kepada 10 orang pengunjung pada satu-satu masa.

     Selesai melepasi Menara Pandangan, pengunjung akan menemui satu persimpangan (kiri & kanan) yang tidak mempunyai sebarang penanda arah. Ikut laluan kiri sehingga sampai di satu kawasan persimpangan berpagar (seperti gambar di atas). Hanya terdapat satu penanda arah di kawasan ini iaitu ke Anak Sungai. Laluan ke anak sungai ini turut akan membawa ke sebuah anak sungai sebelum laluan keluar ke kawasan tangki air di Pantai Dalam (25 minit perjalanan). Laluan kiri menyusuri pagar selama 8 minit akan membawa ke satu lagi persimpangan yang mempunyai 2 penanda arah iaitu ke Menara Pandangan dan Jambatan Gantung (kiri).

     Sekiranya pengunjung tidak mahu meneruskan perjalanan ke Jambatan Gantung (25 minit), pengunjung bolehlah berpatah balik ataupun memilih laluan kiri yang turut membawa pengunjung ke jalan keluar (20 minit).

     Di antara Jambatan Gantung dan persimpangan sebelumnya, terdapat satu kawasan rehat berbumbung yang terletak kira-kira 7 minit perjalanan.


     Dalam perjalanan ke Jambatan Gantung ini, terdapat persimpangan yang salah satunya mempunyai penanda arah ke Jambatan Gantung. Walaubagaimanapun, kedua-dua laluan ini akan bertemu jua di Jambatan Gantung. Tetapi, trek di persimpangan kanan akan mempunyai persimpangan ke kanan (Pantai Dalam) sebelum tiba di Jambatan Gantung.


     Terdapat laluan keluar/masuk (Lorong 5/4J) yang sangat hampir dengan Jambatan Gantung. Bagi pengunjung yang hanya ingin ke Jambatan Gantung ini, mereka hanya perlu masuk mengikut laluan ini

     Selesai melintasi Jambatan Gantung, pengunjung akan melalui laluan denai 4 yang mempunyai persimpangan ke Pantai Dalam sebelum tiba di persimpangan sebelumnya (sebelum Jambatan Gantung).

     Namun begitu, tidak kurang juga yang saya temui sepanjang ekspedisi saya amat menyakitkan mata contohnya; 
     Beberapa papan informasi yang disediakan bagi memberi maklumat kepada pengunjung didapati telah rosak dan tidak dibaiki malah, ada yang hilang dari tempatnya.

     Sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pengunjung yang tidak menghargai kemudahan awam yang disediakan.

     Ketiadaan papan penunjuk arah yang akan menyukarkan pengunjung baru ke sini. Penanda arah ini, dilihat berada di dalam sungai berdekatan jambatan. Namun begitu, pengunjung baru adalah dinasihatkan mengambil gambar peta kawasan yang disediakan oleh MBPJ di laluan masuk bagi memudahkan perjalanan.

Nota : Dalam perancangan membuat penanda arah sendiri untuk kemudahan pengunjung.

16 comments:

  1. good pictures nowadays, you've a lot from friends.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. nice pic..hope can join your trip... =)

    ReplyDelete
  4. terima kasih atas penghargaan semua.

    ReplyDelete
  5. tq for your info, we are going for hiking at Bukit Gasing this sunday morning.

    ReplyDelete
  6. horlic : terima kasih kerana melayari blog saya.
    sekadar berkongsi pengalaman serta minat. good luck and safety 1st..

    ReplyDelete
  7. thanks for the info it has help me alot to do my assignment..:)

    ReplyDelete
  8. tq for your info.it helped with my daughter's geografi folio.

    ReplyDelete
  9. Sallam En. Azzat,
    Boleh tolong isikan Survey ini, mengenai Bukit Gasing.
    Terima Kasih.

    Kevin, Pls help me fill up this Survey. Appreciate your help!

    https://adobeformscentral.com/?f=YqU-V4gQBa%2ATFqRU2Vmc-Q

    ReplyDelete
  10. Sallam, En Azzat.
    Boleh tolong isikan Survey ini, ia mengenai Bukit Gasing.
    Terima Kasih!

    Kevin, Pls help me fill up this Survey. Appreciate your help!

    https://adobeformscentral.com/?f=YqU-V4gQBa%2ATFqRU2Vmc-Q

    ReplyDelete
  11. Berapa lama mengambil masa untuk naik?q

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukit gasing tak tinggi.. lebih kepada jungle trekking sahaja..

      Delete