PPKKM-KDN

Tuesday, July 06, 2010

3 Julai 2010 @ Pusat Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong, Selangor

     Belum pun hilang penat menjelajah di Hutan Pendidikan Bukit Gasing, saya meneruskan perjalanan untuk meneroka ke Kepong bagi melawati Pusat Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) bersama-sama rakan yang telah sedia menunggu di sana. Tetapi pada kali ini, kami hanya melakukan lawatan tapak bagi melihat sendiri apa yang ada di sini.

     FRIM merupakan sebuah pusat penyelidikan yang amat luas serta mempunyai kawasan kepelbagaian spesies tumbuhan yang dipelihara untuk sumber penyelidikan mereka. Fungsi sebenar kawasan ini tidaklah saya ketahui keseluruhannya malah kedatangan saya kali ini hanya ke Kawasan Perkelahan Air Keroh di dalamnya.






No comments:

Post a Comment